Upper View Regalia Hotel KL
Check in : 10/1/2022
Check out : 11/1/2022
Rm130/night
Deposit RM100
Booking Agoda
Blok A (hotel)
Check in/out : ok tak ada masalah
Lift : kena tunggu lama dekat 15minit
Toilet : Masuk2 je bau hancing. Jenuh jirus lantai toilet tp bau tak hilang. Last2 cuci area sinki. Sembur air lama2 baru hilang bau hancing. Pelik rasanya sampai atas tu bau hancing. Pintu toilet rosak. Kalau tutup tak boleh buka dr luar. Buka dari dalam boleh. Bila call maintenance dia datang check dia bagitau rosak so jangan tutup rapat.
Bilik: Katil ok. Aircond ok. Siaran tv tak best. Asyik sangkut2 je. (Sebelum check in sini kitorang check in hotel bajet. Siap ade Netflix lg). Pintu bilik renggang belah bwh. Bila org lalu lalang boleh dengar bunyi tapak kaki. Org sembang2 pun boleh dgar. Doorbell bilik depan pun boleh dgar. Telefon receptionist guna telefon bilik, diorg xjawab. Call guna henfon elok pulak diorg jawab..
Pool: Pool tingkat 37 tutup under maintenance. Tapi boleh guna pool apartment tingkat 5. Kena turun ke lobi isi form dulu. Anak2 bawak pelampung. Guard suruh tinggal kat luar. Tak lama lepas tu ada org masuk boleh pulak anak orang tu guna pelampung.
Kat Agoda hotel ni 4 star tp entah lah. Rasa menyesal pulak check in sini. Memang tak ada la nak repeat. Suka group ni sebab boleh baca banyak review sebelum booking mana2 hotel. Memang banyak membantu. Tp review untuk Upper View Regalia Hotel macam tak ada. Yang ada untuk apartment je. So den terkono.
Penulis: Azizah Abdullah
Sumber: Group Hotel Review Malaysia