Check in : 3 petang
Check out : 12 tengah hari
Tarikh : 22-23/12/2021
Harga : RM63.18 untuk deluxe queen tapi rezeki kami dapat upgrade bilik family room, satu bed queen dan satu single bed.
Book through trip.com
Hotel
Kebersihan bilik bersih tip top, lagi-lagi bilik air memang bersih. Berkenan pulak kat tiles bilik air dia, cantik
Kemudahan
-TV biasa dua tiga channel je yang dapat
-Kettle
-Toiletries
-Hair dryer
-Iron ada tetapi diluar bilik
Setiap penjuru memang lawa kalau yang kaki ootd tu, semua tempat lawa, dari bawah masuk lobby hingga rooftop. Kalau malam lagi best lepak atas sambil menikmati angin malam. Haa yang gayat tak digalakkan yaa naik atas. Gerun tengok bawah.
Staff
Friendly even dah lewat malam kami masuk, tetap layan dengan ramah
So keseluruhan memang akan repeat lagi hotel ni, kedai sarapan pagi pon dekat jalan kaki pon boleh,belakang je hotel ni ada kedai sate.
Sarapan pagi boleh laa ke situ sebab hotel ni tiada sediakan sarapan.
#muar
Review link channel kami boleh tengok & jangan lupa subcribes yaa.
Sumber: Group Hotel Review Malaysia