Review Stay January, Open of year 2022.
TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR
Taraf Hotel 4
Mungkin dah ada review tempat ni. Review saya mungkin berbeza dari segi harga, jenis bilik, hiasan dalaman dan pandangan bilik.
LOKASI:
Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak di Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Chow Kit.
Selamat Datang ke TAMU HOTEL & SUITES KL
TARIKH & HARGA:
Tarikh 05 JAN 2022, 1 malam termasuk sarapan.
Platform tempahan AIRASIA:
RM300++*. Bilik Junior Suites with bathtub.
DEPOSIT:
Deposit pada saya tidak di kenakan. Penerangan jelas dari staff, akan diberikan 1 kad ekses, digunakan untuk lif dan pintu bilik.
JENIS BILIK:
Tempahan bilik Junior Suites utk 1 malam termasuk sarapan. Pandangan bandaraya sekitar Kuala Lumpur.
REVIEW:
Bukaan di pintu masuk lobi sambutan dengan Selamat Datang oleh staff hotel yang berbaju melayu.
Check in cepat, tak perlu menunggu*, terus dapat bilik sebelum jam 3 petang. Lobi tidak lah besar, bersih kemas dengan dekorasi campuran traditional dan moden. Berlantaikan jubin marmar bercorak mewah dengan tiang yang tinggi dan gah.
Bilik suites disudut sangat lah luas dan kemas dengan dekorasi perabot dan hiasan moden. Berlantaikan separuh jubin dipintu masuk dan karpet lembut bercorak menarik diseluruh bahagian katil bilik memeriahkan suasana. Katil king besar dan bantal yang selesa. Dikelilingi oleh tingkap cemin kaca yang besar dengan pandangan bangunan pencakar langit Bandaraya Kuala Lumpur yang sangat menarik. Pencahayaan yang sangat baik diwaktu siang. Dilengkapi sofa, meja makan, meja tulis, tv, rak gantungan baju, cermin, peti sejuk, pengering rambut, papan/seterika, jag pemanas air termasuk set minuman kopi dan teh. Air minuman botol juga percuma. Plug point juga banyak.
Bilik air dan tandas bersih. Bilik air dilengkapi juga pancuran air panas dan sejuk. Tekanan pancuran air panas mandi agk pelahan, pancuran sejuk pula kuat. OK. Shampoo, lotion, sabun dan gel mandian disediakan, juga 2 tuala mandi yang bersih. Terdapat tub mandi juga pancuran air panas dan sejuk tetapi agak pelahan tekanan OK.
Kolam renang diaras 14, adalah percuma. View dari pool sangat lah cantik dan menarik. Awesome KLCC view. Tuala disediakan.
Kemudahan lif juga memuaskan tidak menunggu masa yg lama.
Sarapan di cafe Suasana @27, aras 27. Hidangan bufet. Sedap dan memuaskan. Pelbagai jenis dan pilihan. Nikmati makanan sambil melihat sky view yang menarik.
Check out cepat tanpa menunggu. Staff pun mesra.
Kg Baru memang terkenal dengan tempat makanan, tak perlu risau, dekat sahaj hanya berjalan kaki dari hotel. Ikut pilihan dan selera. Memang banyak kedai makan kat sini. Atau boleh beli bungkus makan kat bilik.
Kenapa saya memilih hotel ini? Pool dengan view menarik. Pilih bilik suite yang ada tub mandi dengan view bilik pencakar langit Bandaraya Kuala Lumpur.
Overall 4/5
Recommended* bagi percutian yang lama, sesuai untuk semua. Akan menginap disini lagi.
Terima Kasih.
Penulis: Mohd Anwar Ismail Nuatz
Sumber: Group Hotel Review Malaysia