Search
Search
Review Hotel | Timez Modern Heritage

Review Hotel | Timez Modern Heritage

Assalamualaikum..sis terpanggil untuk review hotel ini sebab sis memang highly recommended hotel ini bagi family yang akan bercuti ke Melaka tapi budget tak berapa nak tebal.hehe..hotel ini dalam kategori Hotel Budget tapi kemudahan dan service macam hotel 5 ⭐⭐⭐⭐⭐. Pendek kata memenuhi semua kriteria yang sis nak.

Hotel: TIMEZ MODERN HERITAGE HOTEL

Jenis bilik: PREMIER KING

Tarikh: 19 Dis-20 Dis 2021

Harga: RM247.44 pernight (bergantung jenis bilik dan tarikh)

Guest: 2 adult 1 toddler 1 baby

Lif (sebab bawa stroller) ✅
Bathtub ✅
Breakfast ✅
Parking (near to hotel) ✅
Family friendly ✅
Walking distance to interest place ✅


Staff ⭐⭐⭐⭐⭐
Staff sangat2 membantu. Bila sampai hotel staff ready untuk sambut guest. Siap tunjuk kt mana public parking yang berhampiran. Selesai checkin staff bantu bawa barang2 ke bilik. Sis tolak je stroller masuk lif😊. Memang tak terasa langsung mcm budget hotel. Staff sangat2 baik hati tolong sis arrange kan surprise birthday untuk husband sis. Siap bagi hadiah lagi. Memang terharu sangat dan surprise tu memang menjadi hehe.

Kemudahan ⭐⭐⭐⭐⭐
Kemudahan hotel memang macam 5 star hotel. Bilik siap ada bathtub segala. Anak2 memang asyik nak berendam je la..hehe. Kemudahan internet pun memang cukup laju. Lagi satu bila check in staff akan tanya nak breakfast apa. Ada 5 pilihan main course breakfast yang boleh pilih dan its FREE. Set Breakfast include buah dan kopi/teh. Jus free flow je. Terkejut jugak sebab memang tak ada mention dalam Agoda include breakfast semua. Rupanya memang inisiatif hotel tu untuk guest yang menginap. Jadi memang jimat breakfast pagi tu hehe.

Location⭐⭐⭐⭐⭐
Lokasi hotel betul2 di Jalan Jongker Walk. Jadi memang tak ada masalah langsung untuk ke tempat2 menarik sekitar bandar melaka. Malam hari kawasan sekitar hotel meriah dengan lampu2 dan pagi lepas breakfast pun sempat lagi jalan2 naik beca, naik taming sari dan melaka river cruise.Pendek kata kereta memang park je la kt situ, kemana2 kita jalan kaki je.

Room⭐⭐⭐⭐⭐
Actually sis tertarik nak book hotel ini sebab design bilik die. Timez Modern Haritage Hotel cuma ada 10 bilik sahaja tetapi setiap bilik ada tema masing2. Macam bilik sis aritu tema chinese oriental room..jenis bilik premier king.Memang cukup2 besar dan selesa sangat. Katil super king. Memang sesuai untuk kami 4 beranak tidur dan dalam bilik siap ada coffee machine with 2 free capsule. Tema bilik boleh pilih tapi ikut availability. Mungkin boleh call hotel dulu kot untuk book tema bilik. Banyak lagi sebenarnya. So far sis nampk yang baik2 saja sebab sis sangat berpuas hati dengan kemudahan dan layanan yang diberikan. Insyallah next time ke Melaka memang hotel ni akan jadi pilihan utama sis sekeluarga.🥰

Penulis: Awanis Abdullah
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana