Salam semua, harini kita review Shangri-La Golden Sands, Penang
Check in : 6/1/2022
Check out : 7/1/2022
Bilik : Superior Twin (City View)
Price : RM331.50 complete with breakfast for 2 pax
Booking : Agoda
Location
– Terletak di area Batu Feringgi Penang, tepi laut & berdekatan jalan besar.. lintas jalan je ada banyak stall tepi jalan dengan pelbagai pilihan makanan local atau western.. seberang jalan juga ada Petronas (ada Subway & Mcd kalau tak silap), so pasal makan tak perlu risau.. yang penting rajin jalan je..
Check in
– Smooth je, kami sampai pukul 12.30 pm.. bilik belum siap.. receptionist served kami dengan welcome drink (orange juice), walaupun bilik belum ready.. once dah checked in, guest dah boleh guna semua kemudahan yang tersedia..Pukul 1.15 pm reception inform bilik dah ready..
Room
– Selesa, luas & bersih.. ada katil king, sofa 4 seater, tv complete with few astro channels.. bantal, tilam & sofa empuk yakmat.. bilik pun ada provide iron & iron board (sis sukaa)
Toilet
– Kecik je toiletnya, tapi complete with bath tub.. tekanan air best, heater pun nyaman.. selesa & bersih..
Car park
– Banyak & luas, kalau parking jauh dari hotel pun jangan risau sebab kawasan dia guarded & akan ada buggy yang datang pick up & bawak kita ke lobby..
Swimming pool
– Kami tak mandi pun sebab enjoy bath tub dlm bilik je.. tapi tgk guest lain kemahen gembira mandi pool.. ada slides & mini water park.. ada 2 pool, kanak-kanak & dewasa.. lifeguards pun ada..
Pantai
– Bersih & agak privacy.. siap ada watersports..
Breakfast
– Cafe untuk breakfast luas & selesa.. pelbagai menu antaranya nasi kunyit, ayam rendang, nasi goreng, sosej, wedges, mee goreng, roti canai, dim sum, aneka pilihan bubur, eggs station, cereal station, pastry & bread section, cold salad station, noodles station.. ehh memang banyak lah pilihan..
Check out
– Smooth (maybe sebab kami check out awal at 11.30 am), just drop key card dekat reception.. Ohh yaa, since kami check in untuk celebrate my birthday.. so pihak hotel ada bagi chocolate moist cake.. thank you, sedap sgt!
Definitely will come again..
Penulis: Nadathul Farhanna Mat Desa
Sumber: Group Hotel Review Malaysia