Marriott Putrajaya
Date: 17-19/12/2021
Type Room : Deluxe Guest Room, King bed
Price : RM0 (complimentary refferal voucher Club Marriott)
Hi, review sy kalini adalah hotel yang terletak di Putrajaya berdekatan dengan IOI Mall. Marriott Putrajaya nih adalah hotel 5 star yang sangat gah & hotel agak lama tapi masih terjaga. Bila masuk pintu lobby dia ada bau yang sangat menenangkan & lobby yang sangat besar. Banyak sofa2 disediakan untuk guest yang nak lepak2 or sementara menunggu untuk check in.
Proses check in agak smooth. Staff beri layanan sangat baik. Staff yang bernama Tracy sangat membantu & siap request late checkout pukul 1pm FYI Marriott Putrajaya nih memang terkenal sejak dulu lagi dengan buffet dia yang variety & sedap. Untuk buffet breakfast rm60-adults; rm30-kids. Saya stay Marriott Putrajaya kalinih bersama keluarga besar saya untuk sambut birthday mak saya merangkap celebrate my anniversary jugak so, saya menggunakan voucher2 makan yg ada utk cover buffet family saya. Untuk buffet breakfast saya gunakan members card Marriott Club 35% & cashback rm100/rm50 Bole refer pic untuk lihat total bill makan family saya . Siapa yang dah join club Marriott mungkin akan tau berbaloi or tak join club marriott makan sesajaโฆhehehheee. Sy redeem voucher complimentary cake untuk celebrate besday & anniversary. Saya pilih cake red velvet. Seriously memang sedap sangat cake red velvet dia Very recommended siapa yang nak redeem voucher cake.
Rooms : Rooms sangat besar. Puashati anak2 boleh main berlari2. Sofa bed dia pun besar. Boleh muat untuk 2 orang kids kalau nak tidur atas sofa tuh. Saya ambik room type yang ada attach rooms bersebelahan dengan family saya. Perabot jek agak lama yang dah usang.
Toilet : Toilet with bathtub. Tapi agak kecik compare Le Meridien. Water pressure sangat kuat & puas lah mandi Toiletteries cukup lengkap
Pool : FYI pool masih under maintenance sampai bulan January baru open balik katanya. Agak frust bila tau pool under maintenance. Purpose booking Marriott Putrajaya sebenarnya memang nak mandi pool dia. Sebab pool dia best & sangat besar. Tapi Marriott gantikan guest boleh pilih untuk ke pool Le Meridien Putrajaya or Palm Gardens hotel. Sy choose Palm Gardens disebabkan hanya bersebelahan hotel jek. Menggunakan shuttle yang disediakan untuk ke Palm Gardens. Alhamdulillah puashati pool kat sana sangat besar & masa hanya diberikan sejam saja.
Breakfast : Puashati banyak sangat choose. Dessert yang pelbagai pilihan & warna warni memang nampak menarik & sedap Boleh lihat dari video yang saya share untuk tengok variety food yag ada. Coffee yang pelbagai pilihan boleh request nak jenis coffee.
Service : Service memang tip top Layanan yang diberikan sangat puashati. Semua staff peramah & sangat membantu. Especially staff yang bernama Tracy Overall say puashati stay Marriott Putrajaya Especially makan dia. Pasnih nak try buffet dinner pulak Voucher banyak lagi kita gunakan sepenuhnya..hehehhee..
Siapa yag berminat nak join Club Marriott boleh pm saya ye
Penulis:ย Noor Rahila A Rahman
Sumber:ย Group Hotel Review Malaysia