Assalamualaikum wbt.
Location : 8 Boutique Hotel by The Sea, Tanjung Tokong.
Staydate : 1-2 January 2022
Room : RM94/night via Agoda apps (kalau bukan public holiday dalam RM80+ je). Katil queen 1. Tapi bilik sangat luas, boleh bawak toto bentang kat bawah.
Check in : kami dapat check in awal. Pukul 12.30 a.m. dah boleh check in. Bilik pun ok bersih. Tapi pintu bilik la rosak sikit, staf ada je bagi access card dan kunci untuk buka pintu manually (in case tak boleh nak scan card. Ohh ya NO DEPOSIT upon check in.
Check out : check out pun smooth. Kami check out awal pukul 10.30 a.m. Sebab nak jalan² pusing Penang lagi lepas tu. Ok la kan sebab check in pun dapat awal.
Ok hotel ni asalnya takut juga nak book. Tambah² PKP kan sebelum ni, banyak hotel yang dah tutup etc. Jadi jenuh juga saya cari dan baca review sebelum book. Nampak hotel ni kat Agoda murah bawah RM100. Sebab kali ni nak jalan² Penang tapi just nak tempat tido je. Hotel mahai² lain kali baru merasa.
Check review kat google dan Agoda, last review 3 months ago. Gaya macam ok. Saya pun tak tergerak nak call hotel lepas booking. (sebab memang selama ni tak pernah call mana² hotel lepas book kat Agoda. Tapi alhamdulillah semua smooth setakat ni).
Sampai² kawasan ni nak masuk memang tak macam hotel² gah ye. Hotel ni belakang flat. Sebelah hotel ni ada tokong Cina. Tapi ok je bagi kami, kata nak bujet kan.Dan alhamdulillah juga takde kisah² mistik. Sebelum masuk mana² bilik hotel, baca ” assalamua’laina wa’alaibadillahissolihin ” ayat Kursi sikit, dan masuk. Kami tido lena sampai Subuh. Hihi.
Masuk sini dikenakan caj parking RM3. Sebab dulu ada Avatar Secret Garden. Tapi dah tak beroperasi sejak 2 tahun lalu. Sayangnya tengok bunga² yang dah rosak. Takde sapa maintain kan. Kalau tak malam² bising sini sebab ramai orang keluar masuk pi Avatar Secret Garden nun. Tapi as hotel guest, bayar parking sekali je. Takde la setiap kali masuk kena bayo RM3. Mangko wehh!
Awas ya ini hotel bujet tapi bilik taraf bayo ratus². Kami suka je check in hotel² mahai tapi ada masa-masanya. Hihi. Time rasa nak bujet, memang go for bujet. So memang takde pool la sini. Cuma ada kawasan laut berdekatan yang boleh mandi.
Jom layan gambar.
Penulis: Elifa Bt Ismail
Sumber: Group Hotel Review Malaysia