Search
Search
Review Hotel | Bangi Resort Hotel

Review Hotel | Bangi Resort Hotel

Lokasi:
Bandar Baru Bangi.

Booking :
Melalui Agoda. Premier Family dengan harga RM294.00 Detail booking kat Agoda kata katil 2 queen. Tapi yang dapat 1 queen, 1 single, 1 sofa bed.

Check In :
Nak minta masuk kul 2 tapi deme cakap bilik tak ready lagi.. Staff kata pukul 3 pun belum tentu bilik siap sebab semalam hotel full booked.

Tapi staff kata datang sahaja sebab nanti kami sediakan welcoming drink sementara tunggu bilik. Okla.. kami pegi shopping tudung dulu la.. Kul 4 check in smooth. Takde deposit. Bagus.


Kolam :
Terbaik! Luas dan mesra kanak-kanak umur 7 tahun ke atas. Kanak-kanak bawah daripada tu ada kolam kecik. Tak strict dengan attire dan masa penggunaan walaupun kene book sesi terlebih dahulu.

Breakfast:
Kat agoda book bilik bersama free breakfast kat The Loaf. Staff kata akan dapat 1 minuman dan seketul roti sahaja. So tambah RM80 untuk upgrade full board breakfast 4 orang.

Pilihan yg banyak! Sedap-sedap.. Sambal nasi lemak pun sedap. Ada Yougurt 3 perisa macam beli kt kedai, pastri berjenis-jenis. Cereal yang berbeza daripada hotel lain.. Teh tarik berbuih-buah..

Paling nak puji adalah section bubur nasi. Selalunya bubur nasi disediakan dengan condiment biasa-biasa.. Tapi kat sini ada kelainan yang sedap berbanding hotel lain. Tak tau apa nama tapi sedap. makanan sentiasa di topup. *mee goreng je tak sedap.

Staf:
Semua bagus dan layanan yang baik.

Pemandangan :
Memang cantik. Padang golf yang luas menjadi sajian mata.. Kolam ikan yang penuh ikan. Hotel yang menyemai semangat cintai alam sekitar.


Bilik :
Luas. Bersih. Ruang nak solat selesa. Ada radio. Kami dok layan siaran lagu klasik. Alarm clock. TV boleh connect dengan netflix. Seterika. Sofa bed selesa la jugak. Toiletries lengkap termasuk berus gigi, cotton bud etc.

Keburukan:
1. Hotel ni susah nak jawab call. Memang betul-betul susah.. 5x call, 5x takde orang jawab.. Lebih dari 5x saya call walaupun call waktu siang pada masa berbeza-beza.. Hotel bajet lagi pantas jawab call.

2. Lantai bilik sejuk. Takde karpet. Tiles semata-mata.. Sentiasa kene pakai selipar bilik sebab saya tak tahan kesejukan.

3. Saliran air keluar dari shower slow.. Sempat la air bertakung.

Penulis: Fatin Hanisah
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana