Hotel Olympic Malaysia
Staycation 16.1.2022 – 17.1.2022 (2d1n)
Harga:
Superior Twin RM100.48 include tax
Family Junior Suite RM179.10 include tax
Booking
Agoda (harga paling murah untuk online booking)
Check in
Sampai kat hotel around 5 petang. Dah departure dari airport terus ke Kenanga Mall untuk shopping2 dulu. Check in sekejap je. Dalam 5 minit dah settle.
Deposit: RM100 selepas check out akan dikembalikan balik
Room: Booking 2 bilik. Satu bilik untuk kawan. Bilik family. Satu lagi bilik saya punya. Bilik ada 2 katil single. Bilik superior twin dah ready masa nak check in. Cumanya bilik family junior suite masa nak check in bilik belum ready. Nasib kawan nak check in malam sebab tunggu husband dia blik kerja dulu. Pukul 5 bilik belum ready agak kecewa sikit la time tu tapi tak apa nasib masuk lambat. Cuma front desk nak inform balik. Tak inform bilik. Mungkin lupa
Breakfast
Tarikh 16.1 hari ahad katanya ada diskaun untuk breakfast 30% kalau terus buat payment untuk breakfast so ambil breakfast 4 dewasa. Kanak2 bawah 5 tahun tak dikenakan caj. Harga asal breakfast RM12++. Dapat harga diskaun dapat harga RM9++. Kira murah untuk breakfast. Makanan sedap . Cuma sambal nasi lemak agak pedas sikit. Berbaloi makanan dengan harga yang dibayarkan. Cafe makan cantik sangat. Very friendly kid.
Staff
Staff semua peramah. Masa check out pukul 12. Agak ramai tapi staff memang laju buat kerja. Bagi kunci tunggu sekejap terus dapat deposit RM100
Parking
Nak masuk dalam parking kena touch & go. Ada parking bawah tanah dengan parking depan hotel. Pastikan touch & go diiisi ye. Sebab kat KL tu banyakkan pakai cashless untuk parking. Nanti ke kaunter cakap nak bayar parking. Tak silap RM6 satu malam tapi boleh claim balik.
Ada cafe dan kedai kat dalam hotel. Kalau nak beli air or roti, makanan ringan tak perlu pergi jauh2.
Dalam bilik ada smart TV. Nanti connect je dengan wifi hotel. Wifi laju. Layan la nexflix ke you tube ke.
View dalam hotel memang cantik. Banyak tempat boleh bergambar. Just posing & snap.
Overall sangst berbaloi stay kat sini dengan harga yang berpatutan. Kat bilik dapat view bangunan merdeka yang tengah dalam pembinaan. Puas saya survey hotel berdekatan. Last saya book hotel sebab dekat dengan semua tempat saya nak pergi. Berjaya Times Square, KLCC, Kenanga Mall, Pintasan Saloma. Memang tempat strategik untuk ke Bandar Kuala Lumpur. Ambil masa around 15-20 minit bergantung jalan jem ke tak.
For repeat or not. Saya akan cakap yes untuk hotel ni.
Penulis: Nur Aina Syahirah
Sumber: Group Hotel Review Malaysia