Search
Search
Review Hotel | Zetter Suite

Review Hotel | Zetter Suite

Zetter Suite Arte Mont Kiara

Date : 13-14 Feb 2022

Harga : 167.31, booking direct di website Arte Zetter Suite

Jenis Suite : Duplex 2 rooms (1 Queen Bed & 1 Single Bed)

Banyak kali juga dok tengok orang review Suite ni, akhirnya kita try la sekali. Ada 3 jenis Suite dekat sini yang diuruskan oleh syarikat berbeza rasanya. Harga pun berbeza 😁😁. Iaitu Zetter Suite, Ami Suite & Thomas Chan. Yang kami booking ni Zetter Suite, rasanya suite under Zetter ni yang paling rendah harganya. Ini review ringkas yang masih dok ingat. Minggu depan mungkin dah lupa kalau tak catat.

🎈Check-In
Tempat check-in ni dekat blok yang berbeza dengan blok Zetter yang nak duduk nanti, lepas check-in kena pi parking dekat blok Zetter yang terletak bersebelahan blok Check-in. Deposit kena 200 ka 100 tak ingat dah.

🎈Bilik
2 bilik di tingkat atas, 1 Queen Bed & 1 Single Bed, ada simple almari untuk gantung baju & iron with mini iron board. Bilik yang ada Single bed tu kecil sedikit berbanding bilik katil Queen.

🎈Bilik Air
Ada 2 bilik air, satu di bawah ada sink & mangkuk tandas saja, satu lagi di atas, yang ni semua ada siap shower dan heater. Cumanya tak ada sabun dan shampo πŸ˜‚πŸ˜‚, jemmmm mandi kambing.

🎈Ruang Tamu
Ruang tamu bersekali dengan dengan dapur, ada sofa, meja makan, lengkap pinggan-mangkuk, peti ais, microwave, sabun cuci pinggan, cerek dan mesin basuh siap dryer. Dan tak lupa ada TV dihadirkan bersama Netflix. WIFI pun OK.

🎈Swimming pool
Swimming pool ada dekat bawah sekali tapi share dengan blok lain, tapi rasanya blok Ami Suite dan Thomas Chan ada swimming pool lain juga dalam blok masing-masing. Cuma pagi tu nak mandi, ada la brother tu sound kena pakai swimming suit, abang jawab anak-anak nak mandi tepi pantai kolam sikit-sikit je. Dia pun ok la. Buat-buat tak dengar alasan abang. Biasala menjalankan tugas, kita cuba la nasib minta permission.

🎈Gymnasium
Terletak bersebelahan swimming pool, ada mainan basic, Treadmill, basikal setempat, dengan tempat angkat berat, sambil jogging tu nampakla anak-anak mandi-manda dekat swimming pool.

🎈Attraction
Interior design. Ada banyak juga la tempat untuk korang tangkap gambar. Ini rasanya tarikan orang untuk booked dekat sini kot, terpedaya dengan gambar-gambar menarik di sekitar Arte Mont Kiara.

🎈Parking
Parking agak pening sikit sebab ada parking khas untuk setiap suite, kena parking dekat nombor lot yang diberikan, walaupun ada banyak lagi lot parking lain yang kosong. Kawasan parking agak luas, nak cari nombor unit kita tu jenuh musing juga la, lepas tu bila nak cari semula kereta pun satu hal haha.

🎈Breakfast
Tak ambil pakej breakfast, rasanya memang tak ada kot package breakfast untuk Zetter Suite, Ami Suite & Thomas Chan tak pasti la pula.

🎈Akses Key
Ada 3 jenis akses key akan diberikan kepada kita, (1) Akses Key Parking, ala-ala RFID tapi kad, tak perlu touch, detect terus bila letak dekat cermin kereta. (2) Akses Key masuk lif dan ke semua tempat sekitar yang ada dekat Arte Mont Kiara, kena touch kad ni untuk masuk. (3) Kunci untuk Suite kita, kunci biasa, tak guna kad. Tapi depa siap bagi tali tag untuk simpan ke semua kad-kad tersebut supaya tak hilang. Boleh la gantung dekat leher.

Nak repeat lagi tak? Anak-anak kata tak mau dah sebab parking susah nak cari. Haha. Yang tu pulak dia tension.

Penulis:Β Wan Saifuddin
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana