Search
Search
Review Hotel | Veno Hotel

Review Hotel | Veno Hotel

REVIEW HOTEL BAJET DI PENANG

Hotel : VENO HOTEL, GEORGETOWN

Date of Stay : 2D1N (29-30/01/22).
Duduk satu hari je sebab next day saya pindah hotel area Batu Ferringhi pula.

Price : RM 134 tapi bayar guna GrabPay cuma bayar RM104 saja selepas guna voucher.

Deposit : RM100.00

Booking via Agoda.

Room : Triple room.

Check-in 🌟🌟🌟🌟🌟
Sampai dah lambat sebab jam teruk. Masa check in lebih kurang pukul 6 petang. Terus dapat masuk bilik.

Bilik 🌟🌟🌟🌟🌟
Bilik sangat bersih,wangi dan agak luas. Mungkin disebabkan hotel masih baru jadi semua masih tip top. Masa mula-mula masuk bilik terus rasa wow. Tak macam hotel bajet langsung. Dalam bilik semua benda cukup. Ada iron dan iron board(paling penting), minibar dan safety box. Cadar, towel dan toilet semua bersih dan wangi.

Amenities/Wifi 🌟🌟🌟🌟🌟
Wifi laju. Layan youtube dan netflix kat ipad tak ada tersekat-sekat.

Parking 🌟
Very limited. Boleh park dalam 3 buah kereta je kot. Tapi ada parking space yang bandaran punya. Kena download apps untuk bayaran parking untuk weekday. Ahad free parking.

Swimming pool : Tiada

Makan 🌟🌟🌟🌟
Depan hotel ada gerai makanan halal. Buka petang sampai malam. No breakfast provided. Tapi bila kita pergi Penang memang tak risau bab makan. Syurga makanan.

Checkout 🌟🌟🌟🌟
Kena tunggu dalam 5 minit sebab untuk checking bilik. Once semua clear takda masalah terus dapat balik duit deposit.
Tambahan: Arah kiblat kat dalam bilik salah. Saya check guna 2 apps semua tunjuk arah berlawanan. Jadi sebelum solat guest kena klo check dulu arah kiblat yang betul. Saya lupa nak inform receptionist haritu. Kalau ada management baca, sila tukar petunjuk arah kiblat.

Staff 🌟🌟🌟🌟🌟
Semua baik dan peramah.

Personal Rating ⭐⭐⭐⭐/5

Confirm repeat lagi.

Penulis:Β NorIdayu Mohd
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana