Search
Search
Review Hotel | The Pines

Review Hotel | The Pines

THE PINES MELAKA👍👍👍

Check in: 6/1/2022
Check out :8/1/2022

Tiap2 tahun memang wajib jalan2 dekat melaka ni, tapi kali ni nak try hotel lain pulak + pernah tengok orang review hotel ni best bilik besar pool besar jadi nk review la sikit ☺️☺️

Check in❤️❤️❤️❤️❤️
Sampai pukul 3.30 petang parking dekat luar terus pergi reception tunjuk booking no ok dah bole dapat bilik. ha btw bilik book dengan agent tau compare dengan web lagi murah banyak la. Stay dekat sini 3 hari 2 malam khmis jumaat sabtu.
Check out rm340 (no any cas even time tu PH and wekend) oo ya
❌ breakfast untuk harga ini😊

Bilik ❤️❤️❤️❤️❤️
King suite memang luas, katil semua tidur sekali kat atas tu, tak muat dont wory boleh tidur kat sofa bed tu siap ada bantal kecik2 lagi selesa ok 😉. Kalau book via web hotel ke agoda ke trivago ke harga agak pricey beza dalam 100++ jugak la so tq agent (tak boleh nk tag frend reqeust dia penuh da) 😂😂. view blik mungkin rezeki dapat la tgk river cruise malam siang nmpk je bot kat sungai tu memang bukak je langsir nampak dah Sungai Melaka tu cantik oo ( bilik kami dapat tingkat 14 tapi kat lif takda tingkat 14 jadi 13A) no bilik 1414😉.

Wifi ❤️
Tak pasti la sebab apa bila nk try connect je connection error la fail la tak valid la jadi pakai je la data sendiri.

Bilik air ❤️❤️❤️❤️
Semua ada sabun mandi, shampoo, berus gigi, tisu, shower cap, tuala ada 2, cotton bud ada(jarang2 p hotel ada sediakan ni🤣🤣) , hair dryer , basket nk letak baju kotor pun ada taw ha senang .

Dapur kabinet❤️❤️❤️❤️
Bilik ni ada dapur kabinet tapi kecik je la tapi ok sebab ada sediakan teh , gula, sudu, cawan , kettle , tempat meja makan + dua kerusi .. haritu malas makan pagi kat luar so suami tapaw je makan kat bilik senang. Fridge kecik pun ada di sebalik kabinet yang tertutup tu huhu boleh la nak letak air ke apa2. Diorang sediakan jugak taw 2 botol air mineral👍

Servis ❤️❤️❤️❤️
Nak iron kena la call reception so call suruh hantar kat bilik dengan pantasnya dalam 6 minit sampai dah depan pintu bilik. lepas dah pakai jangan pulak buat macam harta sendiri p simpan je kat bilik tu hahaha kena la bawak keluar letak kt luar bilik ya☺️ni hari kedua nk keluar jalan2 tengah siap2 dalam pukul 10.30 macam tu staff ketuk pintu bgtaw nak room service tak haha laju betul diorang ni🤣🤣 belum keluar lagi selalu letak tag ke dekat depan pintu nk room service atau call reception ni staff mai ketuk dah 👍👍

Parking ❤️❤️❤️❤️❤️
Parking banyak dekat basement jadi tak perlu risau bole parking sampai tingkat 5 je. Parking dekat dengan lobby lagi senang ya😉

Pool ❤️❤️❤️❤️❤️
( ada kat tingkat 8jangan pulak tekan tingkat 7 sebab tu private pool huhuhu) part yang paling anak2 suka la kalau boleh setiap masa nak mandi , tapi ada time2 je mandi limit untuk 100 orang sahaja setiap masa.
PAGI :7-9 am- ✅
mandi9-10am – waktu diorang nak bersih
210-11.30am – ✅ mandi
PETANG4-6.30 pm- ✅ mandi
Pool ada kanak2 dan dewasa. Dewasa tu dalam jugak 4 kaki, jadi budak2 nak mandi situ kena ada orang dewasa la ye. Lepas mandi bole main playground kat sini jugak anak2 kemain happy. View kat pool ni cantik sangat + angin kuat oii boleh terbang tudung🤣🤣 . Baju mandi tak kisah pun asalkan pakai baju ye😉😉

Check out❤️❤️❤️❤️❤️
Cepat bagi je kad bole check auto lupa hotel ni dekat bandar jugak jadi tak jauh nk pergi bandar hilir tu . overall puas hati next time check in nak cuba bilik yang terus boleh terjun pool 🤣🤣

Penulis: Nur Hidayah
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana