Search
Search
Review Hotel | The Grand Renai

Review Hotel | The Grand Renai

The Grand Renai Kota Bharu

Jenis bilik: Deluxe Premier King

Harga: RM718 untuk 4 hari 3 malam (Agoda) termasuk sarapan

✅ Check In ⭐⭐⭐
Mengambil masa +/- 25 minit. Maklumlah sebab tahun baru cina, hotel penuh. Yang check in depan saya, dia buat group check in, nampak lebih 10 kad kat tangan dia. Jadi kena tunggu lama. Overall okay.

✅ Parking ⭐⭐
Parking hotel dikongsi dengan pasar raya sebelah. Yang saya kesal adalah parking dia kurang mesra keluarga dengan anak2 kecil atau orang tua. Tak ada laluan landai untuk kerusi roda. Kalau park dekat B2 kena ambil tangga naik atas. Parking percuma namun kena bagi kat kaunter untuk stamp.

✅ Bilik ⭐⭐⭐⭐
Untuk hotel yang lebih 20 tahun beroperasi, biliknya masih elok walaupun ada bahagian tertentu yang sudah dimamah usia. Seni reka yang mencirikan kesenian Melayu Kelantan. Yang saya kagum tahap kalis bunyi biliknya, langsung tak dengar bunyi luar. Satu lagi, biliknya selalu nyaman, walaupun tak buka aircond sepanjang hari. Kebersihan memuaskan. Tilam dia besar dan boleh muat saya, isteri dengan 2 anak kecil. Ada safety box, peti sejuk dan wardrobe yang luas. Meja kerja yang besar pun ada.

✅ Bathroom ⭐⭐⭐⭐⭐
Ini memang saya bagi 5 bintang, bath tub yang besar kepanasan shower senang nak adjust (ada sesetengah hotel kita buka kuat sikit, dia sejuk; buka perlahan, panas) tapi kualiti shower dia memang tip top. Cuma 1 yang tak ada, vanity kit, biasanya hotel 4 star dan ke atas ada vanity kit.

✅ Breakfast ⭐⭐⭐⭐⭐
Breakfast di hotel ni memang must try. Tak seperti hotel2 yang lain, sarapan dia memang special, menu seperti nasi dagang, nasi berlauk, laksa kelantan, roti tip top dan banyak lagi.

✅ Pool ⭐⭐⭐
Pool luas tapi air pool nampak keruh macam kurang dibersihkan. Shower kat luar tak berfungsi jadi kena shower kat bilik persalinan. Bilik persalinan dia ada jacuzzi, highly recommended.

✅ Experience ⭐⭐⭐⭐⭐
Bukan nak mengangkat negeri sendiri (maklumlah ambo ni cino klate) tapi kalau korang pergi negeri serambi Mekah ni, orang kat sini semua baik2 belaka. Tak kira staf hotel ke, tetamu ke, kalau terserempak kat lif, kat pool atau kat breakfast, dia orang sentiasa senyum dan bertegur sapa. Kalau tengok saya bertungkus lumus nak buka pintu dengan stroller anak, dia cepat2 mari tolong. Kalau kat ibu kota, semangat masyarakat serumpun macam ni dah kurang lihat. Semua orang sibuk dengan hal masing2.

✅ Overall ⭐⭐⭐⭐⭐
Saya tak pasti hotel ni 4 ke 5 bintang, tapi overall stay saya cukup memuaskan, no complaint selain parking dan pool dia. Tapi pujian harus diberikan kepada pihak hotel yang masih dapat maintain kualiti hotel ni walaupun dah banyak tahun beroperasi.

Penulis: Jeremy Lee
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana