Search
Search
Review Hotel | The Grand Renai

Review Hotel | The Grand Renai

THE GRAND RENAI, KOTA BHARU, KELANTAN

Jenis Bilik: Deluxe Room King

Harga: RM201 with breakfast for 2 (after minus RM6, Agoda VIP)

Tarikh Menginap: 8-9/1/2021 (2H1M)

Booking: Agoda apps

CHECK-IN🚪
Check-in official pukul 3 petang tapi kami check-in around 5 petang. Lancar tiada pelanggan lain. Kad bilik diberi 2 keping bersama dengan wifi password dalam poket kad yang disertakan.

DEPOSIT💰 RM100

PARKING🚘
Parking kat basement, berkongsi dengan pasaraya bersebelahan, Billion. Banyak parking kat sini. Laluan dalam bangunan tempat parking ada sesetengah tempat tak begitu luas macam tempat nak ambil tiket keluar or tempat untuk corner tepi dinding. Jangan lupa chop kat kaunter hotel setiap kali nak keluar. Kalau parking level B2, ianya perlu naik tangga untuk ke level B1 dan seterusnya untuk ambil lift ke lobi or bilik. So saya bagi rating 7.9.

LOKASI🏙
Sangat strategik berada di bandar Kota Bharu. Dari Airport (11km/20min), Pasar Siti Khadijah (3km/7min). Rating 8.3 rasanya sangat sesuai.

BILIK🛏
Bilik sangat selesa. Katil King size luas even bertiga. Standard 4 bantal, 2 jenis yang biasa 2 jenis lembut, sesuai untuk peluk. Ada 3 kerusi termasuk 1 kat meja tulis. Pemandangan mengadap bangunan termasuk sekolah kalau tidak silap. Yang ni saya bagi rating 8.6. Kalau yang nak mandi, bilik kat sini ada bath tub.Sejadah dan safe box disediakan disamping normal toilettries dan air mineral. Small fridge ada juga.

BREAKFAST🍱
Since harga termasuk 2 breakfast, RM39 untuk extra bagi our teenager. Secara keseluruhan banyak pilihan (ada juga western, pastries, nasi goreng, kueh tiew, nasi kerabu, roti telut goyang, akok, cereal, keropok, buahan). Pelbagai jenis air (bukan kordial, ianya jus), oren, epal dan jambu pink.Part kepelbagaian saya bagi rating 8.1 dan untuk rasa for me ianya above average, 7.2. Maybe a bit bias sebab hidangan utama seperti nasi kerabu dan nasi dagang saya tak ambil.

CHECK OUT🚪
Waktu check out official 12pm. Just checkout tanpa perlu tunggu housekeeping. Kami checkout lebih kurang kul 10am. By the way, extra breakfast tolak deposit.

OVERALL❤️
Puas hati dengan hotel ni, saya bagi secara keseluruhan rating 8.0. Kalau ke Kota Bharu, selain Hotel Perdana, Renai adalah pilihan. Lokasi strategik termasuk bersebelahan dengan pasaraya Billion, katil yang selesa, staff yang ramah serta process check-in dan check-out mudah. Last time kami print boarding pass tanpa dikenakan caj.

Penulis: Kamal Wahidz
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana