Search
Search
Review Hotel | The Edison

Review Hotel | The Edison

The Edison, Penang

21 -22 Feb 2022

Penginapan satu malam RM 400++ satu malam termasuk ala-carte breakfast.

Book melalui klook. Dari airport tunggu Grabcar nak ke hotel. Bila nak masuk je kereta, driver terkejut dia ingatkan saya orang putih matsalleh rupanya melayu (memang saya muka melayu) sebab katanya yang book grabcar nak ke The Edison selalunya orang putih matsalleh. Belum sampai pun hotel tu lagi, sy dah dapat good impression pasal The Edison.

CHECK-IN ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Flight MAS rescheduled lebih awal so sampai Penang jam 10:30 pagi. Dari airport terus ke hotel dan mintak early checkin.Immediately dia bagi masuk pagi tu dalam jam 11 pagi walaupun checkin sepatutnya jam 2 petang. Sampai je dekat lobby hotel, staff terus datang buka bonet kereta dan angkat luggage. Checkin prosess mudah dan cepat. RM 100 deposit authorized thru credit card je. Settle je checkin, staff bawak pusing satu building and cerita serba sedikit pasal sejarah mansion ni and tunjukkan semua facilities yang ada. Masuk je bilik tahu2 bag dah ada and aircond dah siap pasang.

BILIK ⭐️⭐️⭐️
Pilhan bilik paling murah. Deluxe room. Berkeluasan 20sqm. Memandangkan bangunan ni adalah heritage yang tak boleh diubah sesuai, jadi memang takda view. Tingkap frosted glass untuk tujuan pecahayaan sahaja. TAK ADA mini fridge, iron, bathtub & bathrobe. TAK ADA pintu antara ruang kamar dan bilik air. Hanya langsir. Bantal gebu cuma tilam sedikit keras. Tapi tidur lena je. Deko bilik minimalist mewah. Ada usb port tapi limited dan rosak. Ada hairdryer yang kuat dan padu tapi sayang cermin cuma ada satu di bilik air tapi tiada plug disediakan. Ada penimbang berat badan, tapi tak function or tak tau guna, tak pasti lah. TV sedikit kecil dan bukan smart TV. Jumlah channel juga terhad. Wifi percuma disediakan jugak. Not bad lah kelajuan dia. Tekanan air pancut laju. Puas mandi. Nak adjust suhu air pun mudah. Tapi sedikit bertakung. Macam biasa ada safe box dan ada juga shopping bag yang boleh dipinjam dan dibawa keluar. Kunci bilik adalah gaya old school dan bukan sejenis kad yang biasa digunakan. Key chain kunci besar dan unik, tapi lebih mudah tinggalkan di kaunter hotel daripada bawak keluar sebab besar sangat.

FASILITI ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Walaupun dalam bilik takda fridge, tapi semua guest hotel untuk semua jenis bilik memang diberi kemudahan 24 jam access ke lounge dan boleh ambil sebanyak mana jus, kopi, teh, buah-buahan, jajan dan makanan ringan serta minuman alkohol termasuk wine. Kemudahan pool juga disediakan dengan kedalam 1.2m yang tidak begitu besar tapi cukup puas untuk berenang. Kebetulan waktu saya menginap, guest amat kurang jadi saya dapat enjoy pool sendirian tanpa gangguan. Parking kereta juga luas. Common area untuk melepak, bersantai juga sangat selesa dan biasaanya kalau lepak di area lounge, staff akan tanya nak minum apa nanti dia sediakan. Free flow percuma. Nak dia bawakan buah ke, jajan ke pun boleh. FREE! Yang best kalau korang bawak outside food untk makan dekat lounge pun takda masalah. Staff siap offer sediakan pinggan dan cutlery termasuk tissue lagi. Hotel ni takda restoran jadi complimentary brekfast tu jangan expect ada buffet. Korang akan diberi menu yang sama iaitu toast, ommelet dan juga salad. Diorang cuma ada 35 bilik je, so basically kalau datang sini memang sunyi dan privacy. Masa saya datang cuma ada 10 active room je. Tapi no worries tak ada rasa seram langsung walaupun bangunan lama. Tapi memang seronok lepak dekat lounge dan pool dari duduk bilik sebab the whole area memang sangat privacy and sunyi. Staff pulak rajin datang tanya nak drinks ke makan ke. Memang rasa macam ada butler pun ye jugak.

LOKASI ⭐️⭐️⭐️⭐️
Boleh jalan kaki je nak ke Hameediah, Bee Hwa restoran, jeruk Pak Ali, Teochew Chendul, Nasi Padang Internasional, Hameed sup, Roti Canai Transfer Road, Roti Bakar Hutton Lane dan banyak lagi la kot. Kalau nak order Grabfood senang sbb banyak pilihan restoran famous yang boleh delivery ke lokasi hotel ni. Mintak je rider Grabfood drop makanan dekat kaunter hotel, nanti kaunter staff datang ketuk pintu bilik and hantar terus dekat korang.

OVERALL REVIEW ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Serious kalau ada rezeki nak stay sini lagi. Layanan staff first class. Kalau korang suka privacy, suka tenang tak crowded, suka sunyi. Ini lah tempatnya. Tapi macam kurang sesuai bawak budak2 dan keluarga. Yang penting dapat suasana berbeza dari hotel biasa dengan pengalaman bermalam di Mansion Colonial yang dibina sejak tahun 1906. Setiap sudut nampak cantik dan unik. Wajib try. Recommended!

Penulis: Zwan Arif
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana