Search
Search
Review Hotel | Tasik Villa International Resort

Review Hotel | Tasik Villa International Resort

Tasik Villa International Resort Port Dickson

💞Tarikh Check In: 13-15 Disember 2021
💞Harga: RM465.12 (2 malam)
💞Jenis Bilik: Water Chalet (atas air)

🔹️Lokasi:
Hotel ni bukan betul² tepi jalan. Kena ke dalam sikit. Tetapi dari jalan besar dah boleh nampak hotel ni sebab tinggi dan besar.


🔹️Bilik:
Hotel ni banyak jenis bilik. Ada yang ada private jacuzzi. Ada yang ada private pool. Kami ambik Water Chalet sebab teringin nak duduk bilik atas air. ☺ dan ini bilik yang paling murah. Dalam bilik ada 2 katil double, almari, meja, peti ais, bar, dan balkoni yang menghadap reception. Malam² lepak balkoni memang terbaik. Ambik bilik yang free breakfast, dan breakfast dihantar ke bilik sebab restoran hotel ada event masa ni.


🔹️Extra :
Stay sini untuk anniversary. Jadi buat online booking sahaja. Since book bilik untuk anniversary, cuba nasib bertanya kalau² ada honeymoon package yang disediakan. And yes, they have it. Ambik pakej room deco dan juga candle light dinner. Semua urusan untuk tempahan pakej berlaku melalui Whatsapp, waktu pejabat sahaja. Payment untuk pakej dibayar berbeza dengan tempahan bilik. Perlu tempah bilik dulu, baru boleh tempah pakej.


🔹️Fasiliti :
Ada swimming pool, tapi tak berapa ramai orang. Mungkin sebab ramai book bilik yang dah ada private jacuzzi dan pool. Water chalet agak jauh dengan swimming pool, so tak pergi sana pun. 😅 banyak buggy car di sekitar hotel. Nak sewa basikal pun boleh untuk pusing sekitar hotel yang luas.

😊 Urusan nak check in dan check out sangat mudah. Nak tempah honeymoon package pun mudah. Kawasan tasik nampak sangat cantik, lagi² bila malam. Malam² ada dancing fountain dekat tengah² tasik, so boleh lepak layan lagu. Bilik bersih. Tekanan air laju. Bilik ada rain shower. Suka sebab toilet dan bilik air diasingkan.
😊 Penghantaran breakfast pun awal. Pukul 7.45 kami dah dapat makanan kami (sepatutnya bermula pukul 8 pagi.) Pumpkin soup masa dinner sedappp. 🥰🥰

😒Ada sedikit isu tentang candle light dinner kami. Sepatutnya kami dinner di restoran pukul 8malam, tapi sebab ada event, kami bersetuju untuk buat di bilik. Dah deal dengan pihak hotel untuk datang setup meja dan deco di bilik pkul 5 lebih. Kami keluar ke bandar untuk memberi ruang kepada staff dan pulang ke hotel pukul 7, tetapi yang ada hanyalah setup meja makan (tanpa makanan) di balkoni. Telefon pihak hotel semula, dan katanya staff dalam perjalanan. Terpaksa tinggalkan bilik lagi selama 10minit untuk beri ruang pada staff deco bilik. Makanan kami sampai pada pukul 8 lebih. Meja makan di balkoni basah lenjun sebab hujan lebat. Staff yang hantar makanan cuba call seseorang di restoran, tetapi tidak diangkat. Akhirnya kami diminta untuk dinner tanpa setup meja untuk candle light dinner. Saya dan suami ambil keputusan untuk alih meja ke dalam bilik dan setup sendiri untuk dinner.

💖 Keseluruhannya, hotel ini memang recommended sebab pemandangan yang cantik dan pilihan bilik yang banyak. Cuma mungkin nasib kami tak baik kerana hotel ada event besar menyebabkan dinner kami ada masalah.

Penulis: Nur Athirah Mohammad
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana