Search
Search
Review Hotel | Sunway Big Box

Review Hotel | Sunway Big Box

🏡 Sunway Big Box Hotel Nusajaya, Johor Bahru

Booking : Via Sunway Hotel website

Security Deposit : Tak payah

Parking : FOC

Hotel baru dalam 15 minit daripada bandar JB dan 5 minit daripada Legoland.

🏡 Type : Deluxe King
Harga: RM 140
Tarikh 9 februari 2022

Hotel baru saya syak mcm bilik saya tu tak pernah ada orang duduk sebab perabot dia pun bau kedai huu. Daripada lobi sampai bilik bau wangi je.

Checkin super smooth walaupun dah lambat (pergi sebab ada bicara dekat Johor)

Bilik super luas tapi tak ada bath tub

Ada sofa bed yang mampu memuat kan 2 orang kanak kanak jadi kalau datang dengan anak anak bawa extra comforter je sofa bed tu sumpah agak besar (boleh refer gambar).

Amenities hotel pakai jenama Tanamera so bau ala ala spa bila mandi.

Aircond dia automatik jadi tak boleh laras sendiri ni agak wuuu sikit sebab dia akan selaraskan sendiri anda tidur maybe 24 darjah celsius tiba2 time bangun dah 22 darjah celsius.

Hospitality dekat lobby memang 5 stars.

Room service saya bagi 4 bintang je sebab minta apa pun lambat (tapi at least dapat cuma memang agak lambat)

Kalau nak pegi Legoland sesuai sebab dalam 5 minit je dah nampak signboard Legoland tau.

Kat sini sebelah Pasaraya NSK under Sunway juga so kalau setakat nak jajan jalan kaki je sampai. Rasanya Sunway akan buat mall ke apa entah depan hotel tu sebab baru nak start construction.

Swimming pool tak try sebab hujan & esok tu ada sambung bicara so memang balik hotel untuk tidur je.

Lokasi strategik untuk pergi Legoland.

Bilik serba baru & tv pun smart tv.

Gym dia dikhabarkan tutup malam sempat jenguk je not bad at all.

Untuk harga RM140/malam saya sangat recommend Sunway Big Box ni serius terkejut juga harga dia saya tak pasti kalau peak season berapa tapi mesti tak semahal hotel hotel JB 4-5 stars yang lain.

Sebelum ni penduduk tetap Impiana Senai tapi sejak Impiana naik harga beralih angin la.

Saya dah edit gambar & masukkan receipt booking untuk menunjukkan time 9hb Feb memang saya dapat harga RM140 je.

Penulis: Fira Fahmi
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana