Hii Assalamualaikum kali ni saya nak review anniversary escape untuk tahun ini. Tahun ni suami memilih
Hotel : Shangri-La Rasa Sayang, Penang
Wing : Rasa Sayang
Lokasi : Batu Feringgi,Pulau Pinang
Jenis Bilik : Rasa Wing Deluxe Suites
Tempahan : Agoda.com
Harga : RM2405 untuk 3 hari 2 malam
Seperti yang sedia maklum, Hotel Shangri-La Rasa Sayang ni terbahagi kepada dua bahagian,Garden Wing dan Rasa Wing. Memandangkan ini percutian untuk ulangtahun perkahwinan, suami memilih Rasa Wing untuk lebih privacy dan banyak kelebihan. Nak tahu apa kelebihannya,boleh baca sampai habis ye .
Proses check in di Rasa Wing Lounge
Kita juga check in mengikut wing yang kita pilih. So kami terus ke Rasa Wing Lounge. So far proses check in seperti hotel biasa, kita terus ke meja receptionist dan diberi penerangan yang lebih jelas. Welcome drink juga dihidangkan terus di meja tersebut. Cuma diterangkan etika pemakaian di Lounge agak ketat dan perlu sentiasa tampil kemas.
Rasa Wing Deluxe Suites Room 2250
Semasa proses check in kami yang dapat “surprised” dari pihak hotel apabila bilik kami di upgrade ke suites. Asalnya,suami booking Rasa Wing Deluxe Garden. Alhamdulilah rezeki kan. Suites kami sama level je dengan Lounge tetapi sumpah jauh menapak dari lobi, lalu gym, sauna semualah. Tapi staff yang iring kami mengatakan, jauh takpa puan. Bilik ini antara view yang paling lawa. Masa tu dah teruja, lagi cepat melangkah nak sampai ke bilik. Betul-betul hujung ye, corner lot lah orang kata. Pintu bilik pun bukan main besar lagi. Bagi salam, langkah kaki kanan.
Ya Allah, besarnya suites kami dan bukak balkoni direct mengadap laut . Suites yang sempurna lah. Ruang tamu yang luas, ada powder room. Semua minuman & coklat di dalam peti adalah complimentary, so minum lah air halal tu. Di pisahkan dengan ruang tidur. Katil pun superking dan sangat empuk. Ada ruang wardrobe yang luas dan toilet yang sangat selesa. Tapi betul lah paling indah, buka balkoni. Angin pantai menyapa ke muka . Apa yang paling teruja, private jacuzzi yang agak besar mengadap terus ke laut di ruang balkoni tu. Jangan risau, ada blind disediakan kalau risau orang nampak masa berendam .
Free Afternoon Tea & Pre Dinner
Ini antara kelebihan bila pilih bilik di Rasa Wing. Korang akan dapat free afternoon tea dari jam 3 hingga 5 petang dan Pre Dinner dari 5:30 hingga 7 petang setiap hari. Semuanya di area Lounge Rasa Wing. Hanya beritahu nombor bilik dan enjoy your meal. So far, afternoon tea kami hanya pergi di hari pertama saja memandangkan makanan yang ditawarkan kurang kena selera. Pre Dinner hari pertama pilihan makanan agak menarik. Ohh air memang tak ada limit tau, nak order berapa gelas pun boleh. So untuk hari kedua Pre Dinner, kami cuba semua mocktails yang disediakan iaitu 4 jenis mocktails yang berbeza,semua sedap2.
Breakfast
Kelebihan kedua, korang boleh pilih nak breakfast di Garden Wing atau Rasa Wing. So hari kedua breakfast kami gerak ke Garden Wing sebab nak cuba buffet breakfast. Tak jauh pun menapak dari bilik sebab paling hujung kan. Ok pilihan makanan dia agak banyak dan menarik. Hari ketiga, kami pilih untuk breakfast ala carte di Feringgi Grill Rasa Wing. Suasana dia agak sunyi dan tenang, masa kami breakfast. Hampir semua pasangan “matsalleh pencen”. Maaf kalau bahasa ni kurang sesuai. Jadi korang akan di serve makanan mengikut makanan yang kita order berdasarkan menu yang diberi. Cuma makanan kita yang di serve dengan presentation yang menarik lah seperti nasi lemak, english breakfast, egg Benedict. Semi buffet pun disediakan untuk layan diri, tidak banyak beza dengan buffet di Garden Wing. Tapi kalau inginkan kelainan, romantik dan nak pose dengan makanan hotel, bolehlah cuba di Feringgi Grill.
Kolam Mandi Privacy
Kelebihan ketiga, Rasa Wing mempunyai private pool sendiri untuk guests nya saja.Kiranya kolam untuk orang dewasa sahaja,budak-budak tidak dibenarkan mandi di Rasa Wing Pool. Tapi kita juga dibenarkan untuk guna semua facility termasuk Garden Wing. Jadi yang ada anak kecik, boleh mandi di main pool. Main pool lagi best sebab besar dan mengadap laut,lebih riuh dengan suara anak-anak. So kalau nak swimming dengan tenang, boleh swimming di Rasa Wing. Pilihan di tangan anda.
Free Drinks di Rasa Wing Pool dan Tepi Pantai
Kelebihan keempat,boleh minta free drinks di area Rasa Wing pool dari jam 8 pagi hingga 5 petang.Pilihan minuman air dalam tin bagi orang Islam.Kalau di tepi pantai, hanya tea sahaja disediakan. Bolehlah untuk layan angin dan ombak pantai sambil menghirup secangkir dua teh.
Access ke Garden Wing dan Shangri-La Golden Sand
Haaa kalau ada anak2 kecik memang bestlah, korang boleh bawa anak-anak mandi kolam di Golden Sand jugak sebab kolam kat situ lebih menarik untuk anak-anak. Kalau pasangan yang nak berjalan, bersiar-siar. Bolehlah menapak dari sini ke sana, sana ke sini sebab kawasannya sangat luas dan cantik untuk bergambar. Memang cantiklah viewnya.
Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan pilihan suami untuk anniversary trip kali ni walaupun kami masih tak boleh move on dengan vibes di St Regis Langkawi. Kiranya ini hotel kedua yang paling indah pernah kami stay selepas St Regis Langkawi. So bagi pasangan yang nak honeymoon dan anniversary escape bolehlah masukkan Room 2250 dalam senarai .
Nak review yang lebih jelas, boleh tonton video di bawah dengan tekan link
Part 1
Review Lounge,Suites,Pool dan Buffet Breakfast
Part 2
Review Main Pool dan Buffet Ala Carte
Sekian review ke 8 saya , terima kasih admin.
Kredit : Amiaz Zain