Search
Search
Review Hotel | Port Mancing Fishing Village

Review Hotel | Port Mancing Fishing Village

πŸ“

Port Mancing Fishing Village Ulu Yam

2 HARI 1 MALAM

Check in 1.1.22Checkout2.1.22

RM250/night

Jenis bilik : FAMILY 3 BILIK

RM100 DEPOSIT

BOOKING DIRECT owner 0199104669
TIADA dalam agoda, traveloka dll

Stay 5 ORANG / FAMILY

1st vacation of 2022, pemilihan di tempat yang tenang konsep kampung 😍. Tak jauh dari rumah dan bandar KL. Selalu mandi sungai sini, kali ini tak mandi sungai. (Musim kali ni sebab hujan renyai yang kerap), jadiklah dapat dengar bunyi sungai, unggas dsb.

Kami lepak sini masa new year, ada juga yang datang bercamping ⛺️ pacak khemah, pacak ala-ala caravan dan tido chalet juga.

Walau new year harga di sini maintain RM250 /night sama je dengan hari lain.

Chalet sini ada banyak pilihan juga. Ada yang boleh memuatkan sehingga 5 keluarga. Kami memilih Chalet Tongsan, ada 3 bilik. Cukup selesa. Walau tak ada air cond, tapi sejukkkkk yakmat. Sedap tarik selimut oiii 🀩 Berebut semua mencari selimut hehehe.

Comforter di sediakan di sini, tapi kami tetap ada bawa selimut kecik sendiri juga. Standby πŸ˜†Sambil bercuti …macam biasa , sambil beraktiviti memancing 😁

Port Mancing Ulu Yam ni sentiasa menjadi tepat favorite kami sebab banyak kemudahan ada di sini. Grab dan foodpanda juga ada masuk πŸ₯°

Antara yang menarik di area Chalet Tongsan :
βœ… berdekatan dengan sungai
βœ… parking PERCUMA
βœ… boleh parking depan bilik chalet (tapi kami parking tempat mancing sebab daddy mancing)
βœ… ada tempat memancing
βœ… kedai runcit
βœ… kedai makan

Tempat luas dan selesa, anak boleh bebas bermain 😁
Selepas check out, kami makan tengah hari di kedai makan. Menu laksa dan Ayam penyet.
Lepas tu, sambung lagi mancing🎣🎣🎣. Anak-anak nak layan mancing kolam ikan puyu, kolam talpia pulak 🀣

Kolam lauk / kolam talapia / kolam puyuRM10 / joran / day unlimited time

Penulis: Azlinda Alin
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana