Search
Search
Review Hotel | Paddy Stay

Review Hotel | Paddy Stay

PaddyStay Chalet l Sungai Besar

๐ŸŒพYouTube review : https://youtu.be/6SBMXma0GvA

HI GUYS!! Iโ€™M BACK ๐Ÿ˜‰

Kalini nak review staycation Sawah Padi kampung style pulak. Jom, LETโ€™S GO! ๐Ÿ˜Ž

Stay : 15/9/2021 – 17/9/2021

Room type :
Chalet (semua bilik sama jenis, cuma beza tingkat atas dan bawah)

Price : RM165/unit

Bintang saya bagi : ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Check in/out : 10/10
– Smooth. Datang scan dan tunjuk fully vaccinated. Boleh terus masuk. Asalkan dah full payment. No deposit collected sebab dah deal dengan owner.

Staff & management : 8.5/10
– Staff dan servis memang bagus terutama owner chalet, memang tiptop dan senang berurusan.

Room : 10/10
– Chalet bertemakan kampung. Penuh seni.
– Kekemasan tiptop. Cadar wangi. Bilik sangat luas.
– Mempunyai 2 katil queen. Sesuai untuk 4 orang.
– Bilik bersih. Bilik air bersih. Siap selipar disediakan.
– Ada mini fridge, kettle, cawan untuk bancuh air, tv, small wardrobe, towel, sejadah dan ada arah kiblat.
– Bilik ada dua jenis, tingkat atas dan bawah. Bezanya tingkat bawah ada balcony. Tingkat atas cuma tingkap. Tingkat atas bilik lebih luas.
– View sawah padi dari dua2 jenis bilik sangat cantik!
– Kesemuanya ada 5 chalet. Semua aircond sahaja.

Facilities : 10/10
– Tempat bbq bersama sedikit kelengkapan disediakan.
– Basikal cuma ada single seat, first come first serve. Rate refer pada staff.- Ada tempat bersantai seperti wakaf, buaian, meja kerusi, hammock dan ruang santai di bawah chalet (refer video youtube kami) Sangat best, sambil2 layan view sawah padi dan angin sepoi2 bahasa.
– Kedai makan dan kedai runcit juga dekat dengan chalet. Senang nak cari apa2 keperluan dan makanan.
– Di depan chalet terdapat sebuah parit, boleh memancing di situ.
– Wifi tidak disediakan. Namun, line phone Maxis dan Digi bagus. Nak buat kelas online pun clear.

Parking : 10/10
– Luas. Dalam kawasan chalet tetapi tidak berpagar. Biasa la kampung style kan. Haha Dekat je dengan bilik.Overall, chalet ni sangat2 recommended bagi yang merindukan suasana kampung. Pemandangan sawah padi yang terbentang luas membuatkan mata tak jemu memandang. Uniknya chalet ni dibina atas air di tengah bendang. Sangat puas hati dan berbaloi2, tambah lagi owner dia sangat baik. Syiokkk haha.

Untuk sebarang tempahan/pertanyaan, boleh search page FB PaddyStay Chalet atau hubungi 0172730900 (encik rosdi).

Jemput layan video kami di YouTube ๐Ÿ˜‰https://youtu.be/6SBMXma0GvA

Penulis: Atikah Nur
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana