Room Type :
Junior Suite Room
No :
1024
Date :
27-29 October
Kebetulan saya menghadiri business trip dan conference di hotel ini.
Check in :
Bellman yang mesra, begitu juga receptionist. Cepat, cekap dan pantas. Ada pilihan untuk meletakkan deposit atau sebaliknya. Memandangkan bilik telah dibayar sepenuhnya, saya tidak meletakkan deposit.
Bilik :
Suite ok. Kerusi yang selesa. Bilik air yang sederhana luas dan lengkap segalanya cuma reka bentuk agak lama.
Boleh memilih masa untuk menikmati evening tea di antara jam 3 hingga jam 7pm.
Gratis untuk cucian pakaian bagi 3 helai.
Evening turndown services.
Cuma tilam dan bantalnya biasa-biasa saja. Agak kurang empuk. Namun katil king size memang luas.Bilik ini juga kekurangan cermin dan mungkin boleh ditambah.
Fitness & Health Center :
Gym Clark Hatch sangat besar dan pelbagai mesin beroperasi dengan baik. Dilengkapi dengan 2 unit sauna di setiap bilik persalinan. 2 kolam renang turut dalam keadaan yang baik.
Breakfast :
Sarapan di Cinnamon tempat yang luas. Rasa makanan yang ok cuma pilihan yang sangat terhad termasuk hanya 1 jus
Lunch/ Hi Tea/ Dinner :
Menepati status lima bintang.
Convention Centre & Ballroom :
Kemudahan dan perkhidmatan yang sempurna.
**********
One World Hotel bersambung dengan Shopping Mall 1Utama, antara mall terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.
8.6/10 from Agoda
8.9/10 from Booking.com
9.0/10 from Hotels.com
Penulis: Mohd Zulkifli Hashim
Sumber: Group Hotel Review Malaysia