NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG
DATE : 25/1/22 – 26/1/22 (2hari 1 mlm)
RATE : Rm198 (PROMO MATTA FAIR)
ROOM TYPE: CARAVAN (RANGER)
PAX : 2 Adults, 2 Kids
Salam and Hi. Nak review sikit pasal NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG
Parking : β
Parking sangat senang sebab memang boleh parking je sebelah caravan.
Checkin :
Tak ada beratur. Sebabnya memang family saya je yang book untuk hari tu. Huhuhu. Sebelum ni try book bulan Disember tapi fully book.
Bilik : β
Bilik moden, bersih & kemas. Masuk bilik je terus rasa WOW! Kami dapat caravan (RANGER). Dekat je dengan lobi. Design interior caravan sangat SUPERB! Katil double gabungan dari sofa bed + bersebelahan dengan katil double decker. Sesuai untuk family yang ada kids. Aircond sangat sejuk .
Bathroom :
Dalam caravan ada toilet tapi hanya boleh guna untuk buang air kecil dan cuci tangan sahaja. Untuk mandi dan buang air besar perlu guna toilet di luar caravan. Actually sebelah caravan je. Toilet sangat bersih dan selesa.
Breakfast: Tiada breakfast
Aktiviti :
Resort ni berdekatan je dengan sungai. Kalau nak merasa cuti ‘back to the nature’ memang recommend resort ni. Kalau nak keluar makan, warung yang paling dekat ‘WARUNG P RAMLEE’ . Makanan sedap dan murah. Kami breakfast di sini.
Checkout :
Memang cepat dan smooth
Overall Comment : Sangat enjoy dan rasa percutian unik dari lain. View resort ni cantik dan ada pelbagai jenis bilik yang ada di resort ni. Saya lampirkan di dalam gambar sekadar perkongsian.
Recommended Hotel
Penulis: Farah Diana
Sumber: Group Hotel Review Malaysia