Search
Search
Review Hotel | Marriot Putrajaya

Review Hotel | Marriot Putrajaya

Salam semua. Hari ini akak nak review Marriott Putrajaya.
Mula-mula, akak dah booked Le MΓ©ridien, tapi last minute cancel sebab teringin nak try hotel ala resort ni pula.

Tarikh:
21 – 22/01/2022

Tujuan stay:
Staycation with friends

Jenis bilik:
Executive Deluxe, 2 twin beds, Executive lounge access (for 3 pax)

Cara booking: Booking.com

Harga: MYR 588.30

Hotel ni terletak di IOI Resort, Putrajaya. Kedudukannya hampir dengan IOI City Mall, tapi kalu nak jalan kaki, akak tak laratlahπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚, cara terbaik, gunalah shuttle. Nampak agam daripada jauh. Tapi bila dah sampai, keadaannya agak lama dan uzur. Ala2 hotel 80an – 90an. Ada sedikit rasa penyesalan di situ🀣🀣🀣.

Parking:
Parking basement ada banyak. Mungkin sebab bukan weekend kan. Ambil tiket parking untuk verified later untuk dapat free.

Summer Palace:
Kami sampai hotel dalam 1.30pm sebab ada reservation di Summer Palace restaurant untuk All-You-Can-Eat Dimsum. Patutnya reservation kul 1pm, tapi terlewat sebab underestimate duration daripada PJ ke Putrajaya. Rupa-rupanya, jauh juga🀭🀭🀭. Last2, tak jadi makan di situ sebab untuk lunch, restoran tu buka sampai 2.30pm je, 2.15pm kitchen dah ready nak tutup.Jadinya, rasa tak berbaloi. Cari tempat lain untuk lunch.

Check in:
Masa booking haritu, memang dah bagitau siap2 akan arrived pukul 12-1pm. Jadi akak try la gi check-in. Masa tu, memang tak ada orang lain yang check in di kaunter. Staf friendly (Ms.Tracy). Ada sedikit miscommunication sebab mula-mula tu diorang minta add on bayar untuk lounge access dan buffet breakfast untuk 3rd person sedangkan, akak masa buat booking, memang dah siap2 book yang harga untuk 3 pax. Tapi, dia settlekan isu tu. Akak guna credit card untuk deposit. Dapat 3 kad bilik. Lepas tu, akak pun tanya pasal additional request yang akak minta diorang tolong buatkan: simple decor and a few slices of cakes untuk celebrate birthday dan retirement salah seorang kawan. Ada seorang lagi staf lelaki (Mr.Fuad, rupa-rupanya dia ni Kapten) bagitau yang diorang dah prepare dalam bilik. Alhamdulillah. diorang layankan permintaan akak tu😁😁😁.

Bilik:
Masuk-masuk bilik berdebar2 nak tengok decor ada tak. OK memang ada tulisan Happy Birthday dan 3 biji belon warna-warni. Kek pon ada 2 slices (sedap wooo kek diaπŸ‘πŸ‘πŸ‘. Walaupun kitorang share bertiga, kek tak dapat dihabiskan sebab portion besar dan rasa dia mmg rich sangat). Alhamdulillah, kawan akak memang terkejutlah sebab dia memang tak sangka ada surprise untuk dia. Terima kasih kepada En.Fuad and team.

Saiz OK. Kekemasan OK. Kebersihan OK. Aircond sejuk

Balkoni miniβœ… nak buka sliding tu ada trick dia (mungkin untuk safety)
Flat screen TVβœ…
Katil queen/kingβœ… actually akak request 2 twin beds
Sofa bed besarβœ…
Air mineralβœ… 4 botol
Mini barβœ… kosong
Kettle, coffee, teaβœ… tak guna pon
Capsule coffee makerβœ… tak guna pon
Arah kiblat❌ tak jumpa, puas dah cari, kitorang guna qiblat finder je
Sejadahβœ… ada 2 helai
Indoor slippersβœ…
Bathrobesβœ…
Safety boxβœ…
Ironing setβœ…
Towelsβœ…
Bath tubβœ…
Toilet bidet hand sprayβœ…
Extensive toiletries βœ… diorang guna THANN produk; ada body soap, body shower, body lotion, shampoo, conditioner, hand soap, mouthwash, shaving kit, sewing kit, grooming kit, hairband.

WiFi tak sure sebab guna masing2 punya je.

Free shuttle:
Lepas check bilik, makan kek dan solat, kitorang keluar nak pergi IOI City Mall. Bagitau staf nak book shuttle dan dia pon terus bawa kitorg pergi. Perjalanan dalam 2 min je. Diorang ada designated pick up/drop off location kat mall tu. Patutnya, diorg ada jadual untuk pick up. Tapi sebab hari tu Jumaat, tak ramai customer, dia minta call je bila nak balik ke hotel. Sebab tadi tak dapat makan kat Summer Palace, kitorang gi walk-in je kat Ole Ole Bali. Tempat tu nampak exclusive. Makanan sedap, kena dengan tekak dan harga berbaloi-baloi. Lepas makan, shopping jap dan call hotel untuk request shuttle balik.

Lounge Access:
Terletak di tingkat 12. Lounge dibuka 1 – 9pm. Tapi waktu diorang served cocktail buffet 5.30-7.30pm. Masa masuk lounge tu, staf check nombor bilik. Kat lounge ada beberapa pilihan finger foods, jus, air berkarbonat, coffee, tea. Boleh keluar masuk ikut suka.

Zest restaurant:
Untuk buffet breakfast, makan di restoran ni. Terletak di tingkat 1. Nice ambience dan ada banyak pilihan makanan. Rasa pon sedap. Staf pun sangat-sangat friendly dan membantu. Tutup 10.30am, tetapi staf akan start bagi peringatan daripada meja ke meja pada pukul 10am. OK la tu, dah syok sangat makan nanti tak ingat nak stop pulaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Check out:
Kitorang check out kul 11.30am sebab dah ada reservation untuk massage di Thai Odyssey, takut lambat, nanti kena cancel. Semua settled dalam 10 min. Validate kad parking di kaunter dan jangan lupa masukkan kad kat autopay juga tau sebelum keluar (kena keluar within 15 min).

All in all, staycation yang OK. Walaupun hotelnya uzur, tapi staf semua OK. Nak datang lagi in future? Maybe.

Penulis:Β Suzanna Hani Hussein
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana