Salam semua.
Saya nak share percutian 2 hari satu malam bersama 5 orang anak.
Lotus Seaview Beach Resort Pengerang, Kota tinggi
#johor
-Chalet with 2 bedrooms
-Seaview
-With breakfast
-Swimming pool
-Private beach
Check in pada 27/9/21
Masa pergi tak ramai guest lagi, kebetulan jatuh pada hari isnin. Memang sejenis yang suka holiday pada hari biasa
Guna EDL highway
Exit bandar penawar
30 minit dari tol
Challet/rumah terletak betul2 depan pantai, bukak pintu dah nampak view yg sangat cantik. Subhanallah.
Harga : RM570
Deposit: RM100
Kat sini ada banyak jenis bilik, pilih je nanti ikot buget.
Call je resort untuk booking.
Kalau guna Booking.com mahal skit
No dine in for breakfast, so mereka hantar kat bilik . Breakfast sedap & banyak
Swimming pool sangat bersih, untuk budak2 pon ada .
Pantai nya sangat bersih, memang sesuai untuk budak2 main pasir. Masa air pasang, air nya landai je.
Dekat tepi tu di sedia kan tempat bilas sekali .
Resort ni berdekatan Pekan Rengit, so tak susah kalau nak cari barang2.
Untuk makan malam pula saya pilih untuk dinner di Warong Lobster. 10 minit je dari resort.
Jika ada yang nak cari roti atau dessert boleh singgah di kedai bakeri Norlida Ruslan, boleh lah buat bekal masa picnic nanti
Staff resort yang friendly dan sangat membantu.
Semua yang dewasa mesti cukup matang dose vaksin baru boleh check in dan dine in ya.
Saya dan anak2 saya happy dengan percutian kali ini .
Penulis: Shyma Mahmud
Sumber: Group Hotel Review Malaysia