Search
Search
Review Hotel | Intercontinental Hotel

Review Hotel | Intercontinental Hotel

INTERCONTINENTAL HOTEL KL

Check-in : 6/8/2022

Check-out : 7/8/2022

Bilik : Club Room

Harga : RM388.00 (Gourmet Club Voucher – Club Room with lounge access, including breakfast for 2 at Serena Brasserie cafe). Harga dalam booking.com RM745++

Parking ⭐️⭐️⭐️⭐️ :

– Kat basement

– Contactless parking, boleh guna Touch n Go

– Validate sebelum nak keluar, percuma je

– Tak sempit sangat

Check-in : ⭐⭐⭐⭐⭐

– Sangat pantas tak sampai 5 minit, lepas verify reservation, terus dapat access card 2 keping. Sekali dengan wifi password.

– Pakej ini termasuk lounge access (Club Intercontinental) di Tingkat 26.

Bilik: ⭐⭐⭐⭐⭐

– Ada complimentary fruits & welcome card dari pihak hotel. Rasa sangat appreciated.

– Club room yg sangat luas. Katil besar boleh muat 4 orang.

– Bantal besar panjang ada 4 atas katil, ada 1 extra bantal standard size dalam wardrobe.

– Ada coffeemaker dalam bilik berserta 2 kapsul kopi.

– Cawan disediakan untuk 4 orang.

– Peti sejuk ada minuman – harga kayangan.

Bilik air : ⭐⭐⭐⭐

– Bath tub

– Rain shower

– Toilet guna bidet

– Hairdryer dan toiletries disediakan

– Tuala ada 3

– Bathrobe ada 2

– Ada cermin kaca antara bilik air dan katil kat luar, ada manual bidai/blind untuk tutup pandangan.

Lounge : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

– Tingkat 26

– Masuk guna access card yang sama dengan bilik

– Ada free flow food & drinks

– Afternoon tea (2.30-4.30pm), evening cocktail (5.30-7.30pm), breakfast (7.00am-10.00am)

– Pihak hotel beritahu breakfast agak light berbanding breakfast di Serena Brasserie. Boleh juga cuba untuk breakfast di sini sebelum turun ke Serena.

– Kanak-kanak dibenarkan masuk kecuali semasa evening cocktail.

– Saya hanya berpeluang join evening cocktail. Boleh order pelbagai minuman (kopi, teh, jus buah – nenas, guava, orange, tembikai)

– Makanan seperti dalam gambar, light food tapi mengenyangkan (sushi, salad, buah, kek, bubur kacang hijau, ayam pandan, karipap sardin)

– Suasana amat cosy, tak ramai pelanggan, sesuai nak dating2 dengan pasangan.

– Ada 2 tingkat, bahagian atas untuk business meeting

– Mengetengahkan design budaya / masyarakat Malaysia

Sarapan : ⭐⭐⭐⭐⭐

– Sangat puas hati, ada pelbagai makanan disediakan – Western, Japanese, local, traditional.

– Serena Brasserie sedang under renovation. Ada part yang ditutup, jadi ruang jadi sedikit kecil daripada biasa. Ada customer yang kena beratur tunggu giliran.

– Harga RM78 (Dewasa), RM39 (kanak-kanak)

– Pakej dah include breakfast untuk 2 orang, cuma tambah untuk kanak-kanak je. Kalau ada Cash Voucher dalam GC apps, boleh digunakan.

Pool :

– Tak boleh komen sebab tak pergi.

Check-out: ⭐⭐⭐⭐⭐

– Drop access key dekat reception counter. Print invoice. Settle.

– Validate card Touch n Go – parking free.

Overall: ⭐⭐⭐⭐⭐

Sangat puas hati. Sangat value for money. Rugi kalau dah ada Gourmet Collection Voucher tapi tak digunakan.

Kami sekeluarga sangat berpuashati. Terima kasih Intercontinental Hotel. InsyaAllah akan ulang lagi pakej ini memandangkan ada 1 lagi voucher Club Room.

Penulis : Siti Aisyah Abd Majid

CutiMana