Early birthday staycation
Hotel: Sheraton PJ
Tarikh: 20-21 Mei 2023
Harga: RM591.66 nett
Bilik: Sheraton Club King room
Lokasi:
Tempat yang agak bersejarah sejak tahun 2018 kerana disini ia bermula dan juga tempat ia berakhir. Lokasi sebenar hotel ini terletak di seberang LRT Asia Jaya. Di dalam Kompleks Pinnacle PJ ini terdapat 1 Japanese wholesale supermarket bernama Gyomu Super. Barangan di sini boleh dikatakan lebih murah dari Don Donki (mesti ada yang kenal mascot penguin dengan lagu Don Don Don donki)
Check in:
Saya telah memilih waktu check in oleh itu apabila saya sampai pada pukul 12pm, bilik telah sedia.
Bilik:
Cantik, bed yang empuk sama seperti Westin Heavenly bed tapi untuk Sheraton adalah Sheraton Signature Sleep . Juga ada birthday decor sikit memandangkan saya memberitahu pihak hotel ini ialah birthday staycation. Sepotong kek juga telah disediakan dalam peti sejuk. Bagi yang ingin bekerja, ada working table dalam bilik dan bedside USB ports. Agak mengecewakan hanya pensel disediakan dan bukan pen untuk writing amenity
Beverage:
Teh jenama Dilmah dan juga drip coffee disediakan beserta 4 botol air mineral Spritzer juga disediakan.
Bathroom:
Rain shower dan bath tub disediakan. Bath amenity jenama Gilchrist & Soames Warm Oak and Aloe. Amenity lain juga ada di dalam amenity drawer.
Sheraton Club:
Club lounge berada di tingkat 31 yang beroperasi dari 6.30 pagi hingga 10 malam menghidangkan breakfast, all day tea/coffee/light snacks/juice/soft drinks dan evening cocktail. Evening cocktail selection agak bagus 4 hot dishes (mash potato, frittata, chicken boxing dan 1 lagi chicken dish), juga ada curry noodle station, salad, cheese, fruits, cake dan kuih. Dalam keamanan waktu evening cocktail dengan alunan muzik yang soft, club lounge tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi anak kecil meronta-ronta minta diberikan ais krim.
Turndown service:
On request, air minuman dan amenity lain telah ditopup.
Breakfast at Feast:
Pilihan yang pelbagai termasuk Japanese choice, ice cream dan fresh juice, roti canai cook to order. Boleh tengok gambar.
Late check out request 2pm juga telah pihak hotel tawarkan upon request.
Overall stay ini agak memuaskan. Sekian terima kasih dan jumpa lagi di edisi yang akan datang untuk Ascott Star KLCC.
Kredit : Teo Cher Ming