Search
Search
Hotel Review | Bertam Resort

Hotel Review | Bertam Resort

Bertam Resort Hotel, Penang

Lobby luas & cantik

20-22 Mei 2023 (2 malam)

Booking : Direct Website

View dari building bilik kami. Jangan risau ada lif.

Jenis bilik : Superior King (3034 – waterpark view)

Harga : RM318/ malam (pakej FREE 2 tiket waterpark dewasa)

Bilik kami pakej free 2 tiket

Check in : Pantas. Saya book with full payment, so takda deposit. dapat voucher untuk redeem welcome drink.

Check out : Mudah & pantas πŸ‘πŸ»

Bilik : 10/10 πŸ‘πŸ»

Alhamdulillah ok je katil king. Bilik pun ok bersih. Toilet dia super cantik. Cuma takda hook tapi bagus ada tali untuk sidai baju basah 🀩

Servis : 10/10πŸ‘πŸ»

Staff friendly & sangat membantu. Terima kasih untuk staff reception Mr Shazwan & Mr Azri yang banyak membantu. Sama juga untuk housekeeping & tenchnician (toilet sumbat tapi laju je setel)

Parking : 10/10πŸ‘πŸ»

FREE. Ada access card untuk keluar masuk.

Swimming pool : 10/10πŸ‘πŸ»

Cantik luas ada jakuzi lagi. Terpaling best pagi isnin kami 4 beranak je layan pool sebesar2 tu. Lagi cantik view pun ala ala Morroco cun sangat 🀩

Breakfast : 10/10πŸ‘πŸ»

Overall ok sangat puas hati banyak pilihan makanan. (Bilik kami pakej free breakfast 2 dewasa)

Breakfast

Lokasi : 10/10πŸ‘πŸ»

Ootd area

Bertam dah maju. Mcd pun dekat je. Malam kedai makan banyak untuk buat pilihan.

Overall tersangat la puas hati dari semua sudut. Waterpark best mesra budak2. Buka jam 11am- 5pm. Dari hotel ada buggy akan hantarkan. Staff semua friendly takda complaint semua tiptop. πŸ€©πŸ‘πŸ»

#bertamresorthotel #bertamresortandwaterpark

Kredit : Echa Sicha

CutiMana