Search
Search
Review Hotel | Hotel Hilton Garden Inn

Review Hotel | Hotel Hilton Garden Inn

Assalammualaikum

Saya nak share hotel di KL, sempena birthday suami, staycation during weekday.

Hotel -Hilton Garden Inn Kuala Lumpur-South

Tarikh – Check In 3-5 Mac 2022, 2 night

Harga – RM 260++ booked via agoda

Bilik – Twin Guest Room dapat free upgrade ke Deluxe Queen dengan KL Tower view

Check in/out – ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Kami check in pukul 2, then staff tanya jika nak upgrade & deco tunggu siap pukul 3, kami ok je. Pusing2 chow kit. Then terus parking. Tunggu kat Rooftop 25, makan2 sementara tunggu check in. Deposit tiada. Check out, ok, ada buat penambahan breakfast, bayar waktu ni.

Parking – ⭐️⭐️⭐️⭐️
Bayar RM10 per night, macam kami bayar RM20 terus. parking bertingkat di tingkat 3,4&5. Kereta naik lif then masuk dalam benda alah tu. Haha. Tapi guard cerita parking bertingkat ni time sebelum covid. Sekarang tak buat sebab guard tak pegang kunci kereta dah. 🚗

Bilik – ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Bilik best. Staff dah siap buat simple deco. Saya request waktu confirmkan booking via call. Bilik kemas, bersih dan nampak menara KL dan sekitar Chow Kit. Tilam dan bantal ok. Ada kerusi sandar dan meja bergerak untuk buat kerja. Teh, nes & air botol juga diberi. Ada mini fridge. Tandas bersih, sabun dan shampoo diberi. Aircond best. Last minit husband tambah bilik connecting room sebab ajak parent sekali so lagi luas anak lari2. Tapi design 2 bilik ni lain2.

Breakfast – ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Masuk2 je ada staff cun2 layan. Ada port cereals, bubur, mee, salad, buah2, roti & muffin, nasi lemak, meehun, potato, sausage & kuih2. Air teh, coffee, air buah dan filter water. Nak makan sebelah tingkap boleh tengok monorel view. Lepas tu, staff datang entertain budak2 dan bagi biskut coklat & gula2. 🍪🍬

Pool – ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Kolam mandi untuk dewasa kat rooftop, kami bawa pelampung nak mandi dengan budak2. Ada bilik persalinan. Sambil tu kami order makanan kat Rooftop25 sebab ada parent in law teman.

Gym – Gym kat Hilton Garden Inn KL – North

Malam2 kami makan kat Kedai Sop Kedah, kat bawah hotel je, jalan depan sikit ada kedai buah. Belakang tu ada pasar ayam ikan & sayur, malam2 memang meriah. Rasa tak cukup lagi boleh pergi Shell pekena Costa. Nak pergi 7e seberang jalan, ada lintasan belang untuk pejalan kaki. Paling best rooftop 25, nampak view KL Tower & KLCC. Sedap betol cheesy wedges. 2 hari kami order tu sebab suka tengok anak makan. Happy hour air buy 1 free 1. Ada banyak lagi promo, boleh check kt fb Hilton Garden Inn Hotel – Kuala Lumpur.

Terima kasih.

Penulis: Sharifah Nurain
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana