Hai
This is 1st time i review at here. Since this time, kami stay di homestay yang not adv at Agoda or other apps. Terpanggil untuk share.
Nama : Homestay D’Aman Negeri (Melaka)
Jenis bilik : Mawar
Num of pax : 4 adults + 4 kids
Rate : RM200
Booking : By whatapps owner Kak Ina
Check in : 7 – 8 Jan 2022.
Sebenarnya last minit booking sebab mentua datang sini & nak makan asam pedas. Mentua kita orang pahang, sesekali nak lari kejap dari tempoyak..hehe.
*Bilik*
Terdapat 3 jenis bilik. Tapi kami book bilik mawar sebab tertarik ada loteng. Berangan nak fefeeling kampung. Disebabkan kuat berangan terpaksa la juga kerja kuat pantau anak main tangga loteng. Terus tak sempat nak feeling Kampung..hehe.
Bahagian Bawah ada 1 king size bed & loteng ada 3 single tilam. Untuk bahagian bawah sahaja ada aircond manakala loteng cuma disediakan kipas dinding.
Kemudahan- kemudahan lain******************************
1.Kolam kanak2 dan Dewasa. Bersih dan terjaga.Cuma masa kami stay in budak2 mandi je kolam dewasa buat pelampong disebabkan kolam kanak2 tengah cuci. Bila dah best dekat kolam dewasa memang tak layan dah kolam kanak2. Kebetulan waktu kami stay tiada orang lain. Memang macam sewa 1 tempat with private pool..haha
2. Dapur memasak Disediakan ruang memasak dekat luar. All lengkap..senduk,sudip even batu lesung pun ada. Kedai runcit kau jalan kaki je. Memang ngam sangat
3. Coway Diletak di dewan terbuka. Nak ambil air sila la ke dewan. Dekat je wt bilik2 tapi kalau ada anak kecik yang minta susu 2-3pagi, ini lah masanya menguji bacaan iqra para ibu n ayah:-p
4. Padang sederhana besar. Ada ruang sesuai sekiranya buat game family day
5.Dewan terbuka Memang jenis open air. Ada sediakan kerusi & meja. Nak kumpul ramai2 makan, bukalah meja sendiri ye. Dekat sini juga ada TV. Boleh la kumpul layan tv siaran astro. Dalam bilik tak ada tv ye. Memang bilik untuk pillow talk, bedtime story dan seangkatan dengannya because cahaya romantik gitu
6.Register & check out: Owner ada pertanggungjawab seorang pekerja untuk uruskan pelanggan. Pak Cik Khalid, umur macam mak ayah kita, jadi as sesama manusia perlu ada tolak ansur ye. Pak cik Khalid akan assist sehabis baik tapi jangan la dah guna pinggan mangkuk korang biarkan tak basuh ye. Reject terus jadi menantu. Mana tahu Pak Cik Khalid ada anak dara mcm Tun Fatimah, anak bujang macam Hang Tuah (kata Melaka) menyesal korang.
Repeat : Yes
Harga : ok sgt. Recommended for small event like family day.
Penulis: Puan Nurazlien
Sumber: Group Hotel Review Malaysia