Search
Search
Review Hotel | Holiday Inn

Review Hotel | Holiday Inn

Holiday Inn JBCC, Johor Bharu

Booking: Direct Website (Under IHG Members)

Stay: 3 hari 2 malam
7 Jan – 9 Jan 22 (Jumaat – Ahad)

Jenis bilik:
1 King Bed Suite City View

Harga:
IHG Members – RM361.46 Per-Night (Government Rate) + breakfast for 2
Non Members – RM497.65 Per-Night + breakfast for 2

Check in:
Laju je. Check booking letak credit card dia bagi kunci. Terus naik bilik. Tapi saya sampai lambat jam 12 tengah malam. Gerak dari KL lepas kerja pun lambat. Tapi dorang ada je kat depan tu.

Bilik:
Besar jugak bilik ni. Ada 1 King bed dan 2 sofa. Bilik sangat bersih dan sangat tenang. Memang best bilik tu.

Bathroom/toilet:
Bilik air dia luas. ada bathtub. Dalam 1 bilik air tu ada bilik mandi, and tempat hajat besar. Asing2. Basuh jugak mcm ni. Bilik mandi toiletries semua ada mcm tuala, shaver, berus gigi tapi sabun, shampoo & conditioner dier buat mcm refill punya konsep. Tak boleh bawa balik la.

Wifi:
Bole tahan jugak kelajuan dia. Boleh pakai 5 device skali jalan (HP & Laptop).

Makanan:
Buffet breakfast (included) – ni paling best. Kids eat for free. (bawah 12 tahun). Hotel Policy. Nice geng. Breakfast dia mantap geng. Antara hotel yang aku stay selepas PKP yg ada breakfast banyak gila. Meriah geng. Macam2 ada. Thai punya menu pun ada. Nasi lemak dia special balut dengan telur. Roti canai/tosei sedap geng. Pendek kata tengok gamba la senang ye.

Swimming Pool:
Infinity Pool + SPA bubble pool geng. Pool mcm biasa la kena buat booking dengan front desk dulu. Nanti dorang bagi kad untuk mandi. Tuala disediakan tak perlu bawak dari bilik. Time tu family aku je ada. Memang syiok ar. Orang kata kecil. Bagi aku ok la tu. Nak besar mana lagi. Untuk SPA bubble kalau nk on kan dia kena tekan button yang ada ditepi pool tu. Best gila geng.

Gym:
Ada tapi aku tak masuk. Badan dah sedap buat apa nak masuk kan. Hehehehehehe.

Parking:
Yang ni la agak susah sikit kalau newbies yang bawak kereta. Parking di tingkat 7 dalam bangunan JB Komtar. Laluan sempit sikit la tapi ok je boleh je lalu kena ejas2 sikit. Timing pusing stering betul tak ada masalah. Parking banyak. Luas tempat parking dia…..Macam biasa complimentary tapi kena validate kat front desk masa nak keluar.

Checkout:
Mudah ya amat drop key clearkan credit card lepas tu balik.

Other:
Hotel ada sediakan phone, TV, hair dryer, iron bord, iron, coffee set, gelas, sudu kecik & electric jug kettle. (coffee set dia simple sangat)

Front Desk Holiday Inn JB mmg terbaik lah. Salute dengan dorang. Tak lupa juga dengan staf yang handle buffet breakfast dorang sangat2 membantu.

Overall review:
Saya and family sangat berpuas hati dengan Holiday Inn JBCC & service dorang.

Rate 10/10:
9.8/10

To be improve:
Coffee set dlm bilik. Tu jer yang lain tu semua bagi aku dah cukup bagus dah tu.

Of course, kalau ada urusan di JB say akan stay lagi di Holiday Inn JBCC, Johor Bharu.

KOMPOM..

Penulis: Zumaire Hasan
Sumber: Group Hotel Review Malaysi

CutiMana