Search
Search
Review Hotel | Hard Rock Hotel

Review Hotel | Hard Rock Hotel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Nak share review ringkas jugaklah😊

Hard Rock Hotel Penang

Check in 20hb Disember 2021
Check out 04hb February 2022
Total 46 malam.

✅Bilik Seaview Studio Suite with bath tub RM880++ semalam.

✅Bilik King Suite with private pool RM4500++ semalam.

Status: Long Stay Guest.

Rock Royalty lounge access level 6 for breakfast, afternoon tea dan evening cocktail dan mocktail, check in check out desk + VIP amenities.

Free Complimentary VIP parking RM20 semalam
Free Complimentary bed RM150 semalam

Sempat melihat suasana Hari Natal, Tahun Baru dan CNY.
Suka melihat gelagat guests locals😊

Hotel yang sangat ceria dan sangat patuh SOP.
Public area, pool serta lobby sentiasa di sanitasi.
Bag tetamu di sanitasi waktu ketibaan.
Towel/tuala dibungkus dengan plastik.
Cutleries di wrapped rapi dll.

Bilik suite yang sangat memuaskan.
Makanan di hotel ok-ok saja. Sarapan dan service di Rock Royalty lounge sedap. Buffet breakfast di Starz Diner (bukan self service) lebih banyak pilihan tetapi orang tersangat ramai. Waktu yang terbaik untuk sarapan di Starz Diner dari pukul 6.30-8.00 pagi.

Swimming pool buka dari 7.00 pagi hingga 9.00 mlm. Lepas 9 malam dah tabur chlorine. Waterpark mula pukul 9.00 pagi.

Ada 6 cabanas. RM60 sehari dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.
Dapat 2 air botol dan fruit platter.
Cabana no 1 dan 2 boleh access pool.
Cabana 3 dan 4 dapat pemandangan laut.
5 dan 6 agak privasi.

Malam2 ada Romantic dinner RM350 nett per couple di cabana.
Roxity Kids club limit 6 org dlm satu masa.
Lil infant masih tutup.
Pizzeria restaurant masih tutup.
Tabu teen club limit 6 org dalam satu 2 masa dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.
Ada 2 meja pool, PS4.

Boleh jugak pinjam gitar electric dan headphones dan dihantar ke bilik dan ianya percuma selagi menginap di hotel.
Kalau nak dinner di Hard Rock Cafe eloklah buat booking sebab sentiasa penuh.
Lunch ok kecuali weekend yaa.
Jumaat dan Sabtu malam ada live band di HRC dan area Lobby tapi band tu biasa-biasa ja.

Parking agak susah. Disarankan book reserve VIP parking. Limited. Parking lot depan entrance hotel agar senang nak keluar masuk. RM20 sehari. Kalau parking dah penuh kenalah park di kawasan parking satu lagi iaitu kira2 600 meter dari hotel. Shuttle disediakan.

Staff, crew semua ramah dan terbaik. Depa memang sempoi, baik.
Front office, pool lifeguards, cleaner, bartenders, rock agent crew dll sangat ceria dan terbaik.

Sepanjang kami disini ramai je staff dan crew bawa kami keluar makan nasi kandar dan jalan2 diluar waktu jadual kerja. Anak saya selalu diajak keluar oleh staff gi makan, shopping mall, cafe dan jalan2. Ada yang belikan kami makanan sedap2. Ada yang masakkan makanan dari rumah untuk kami sekeluarga dan ada juga yang jemput kami ke kenduri kahwin! Dah macam keluarga sendiri❤️

Kami sempat ambil booster AZ di Tapak Pesta Pulau Pinang hasil arrangement dari salah seorang staff.

Anak dan cucu sayalah yang paling happy dilayan oleh ‘kakak2 dan abang2’ crew/staff yang terbaik. Buat tik tok pun sama2😬

Sungguh sedih bila sampai waktu nak berpisah. Kami buat late check-out sampai pukul 9 malam. Complimentary jugak😊

Sebelumnya kami diraikan dalam satu majlis ringkas sebagai orang local yang paling lama tinggal di HRH Penang iaitu hampir 50 hari🤭😑

Insha Allah cuti sekolah Mac ni nk datang lagi bagi meraikan jemputan salah seorang staff yang akan berkahwin.

Overall memang best sangat2. Crew dan stafflah yang buat kami tinggal lebih lama disini ❤️❤️❤️

Alhamdulillah semoga bermanfaat🙏

Penulis: Adnan Aziz
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana