Search
Search
Review Hotel | Hard Rock Hotel

Review Hotel | Hard Rock Hotel

HARD ROCK HOTEL PENANG – LAGOON DELUXE

Check-in : 18 Jan 2022

Check-out : 20 Jan 2022

Price : Rm1056++ (3D2N + breakfast)

Room type : Lagoon Deluxe -Pool access

Rating : 9.5/10

πŸ’» BOOKING (9/10)
– Booking awal bulan November2021 online direct website http://penang.hardrockhotels.net/
– Dalam web dapat harga RM 1056 all in. Tapi masa check in ada bayar extra RM50 . Tak tahu la apa. Mungkin masuk tahun baru 2022 harga semua naik.

πŸ’³ CHECK IN (10/10)
– Check in pukul 3pm. Tapi bilik siap awal pukul 2pm. Rezeki.
– Bayar cash, tak perlu depo.
– Request bilik wings sebelah spa sbb pool luas, view cantik, privacy skit. Kalau pool depan water slide tu terhad sikit.

πŸš— PARKING (10/10)
– Parking banyak disediakan dalam gate hotel. Tapi kalau guest ramai, sampai luar gate jugak la. Rezeki kitorang depan parking dekat je dengan lobi 😊 sebelum masuk gate, guard akan check suhu.

🏒 BILIK (9/10)
– Bilik OK tapi nampak kecik sikit sebab perabut besar. Cuma x best lampu dia romantik sangat . Tak puas mata nak mandang πŸ˜…
– Amenities semua complete. Kelainan ada coffee maker cik abang idamkan.

πŸ› BILIK AIR (9/10)
– Bilik air kecik sikit. Shower, amenities semua complete. Cuma cermin kiri kanan (boleh buka), tak ada cermin kat tengah sinki. Nak basuh muka/berus gigi kena teleng kepala πŸ’†

🏝️ VIEW (10/10)
– View SUPERB ! Memang TERBAIKπŸ‘
– Ada kawasan ala ala pantai berpasir. So tak perlu keluar pantai dah.

🍴 RESTORAN (10/10)
– Menu sangat banyak pilihan. Breakfast lain dari yang biasa. Compare Grand Lexis PD, makanan biasa2 je. Tp Hard Rock ni breakfast memang superb πŸ‘
– Menu dinner pun banyak sedap2. Lagi banyak dari Hard Rock Cafe πŸ˜…
– Breakfast mereka akan serve apa yang kita nak

🏊 POOL (10/10)
– Pool jangan cakap la. Buka slinding door, boleh terjun. Tp dalam amat. 1.4m. Untuk orang2 comel macam kami ni, paras bibir πŸ˜‚ (155cm)
– Sepanjang hari ada music. Dalam pool pun ada music.
– Ada 3 special pool
πŸ’¦ pool dewasa sepanjang hotel (1.4m dlm)
πŸ’¦ pool berpasir pantai, boleh main bola jaring (1.3m dlm kot)
πŸ’¦ pool budak2 ada dlm yg berbeza. Kawasan pasir & water slide
– Water park dia mmg seronok bagi anak2.
– Banyak kerusi malas disediakan πŸ˜‚ Tak tahu nama kerusi apa
– Kena pakai swimming attire
– Towel mandi boleh ambil kat booth dia
– Tak perlu booking
– Ada lifeguard setiap penjuru
– Pelampung boleh sewa

πŸ™†β€ STAFF & SERVICES (10/10)
– Mana mana pun layanan high class sungguh sampai kite rasa tak selesa sebab dah banyak kena layanan sampah bak kata cik abang

πŸ˜‚πŸŒŠ PANTAI (9/10)
– Luas, bersih & ada banyak aktiviti berbayar disediakn.
– Ada tempat rehat disediakan (kawasan redup).
– Ada kuda juga.
– Tp disebabkan pantai panas, kitorg lagi suka pantai hotel πŸ˜†

🍺 HARD ROCK CAFE (9/10)
– 1st time masuk. Menu tak berapa banyak. Tapi ok la. Sekadar merasa pengalaman. Band tak ada. Weekend je ada. So kitorang makan simple2 je. Bila sampai hotel, tegok menu hotel , lagi banyak. Adehh πŸ˜…
– Service terbaikπŸ‘

πŸ‘• HARD ROCK SHOP (9/10)
– Banyak baju design cantik2 tapi size cik abang tak ada. Sebab owner kata awal tahun banyak habis . Ramai orang borong cuti akhir tahun. So stock baru ada bulan 3 / 4 macamtu
– Service boss terbaikπŸ˜πŸ‘

β™» KEBERSIHAN (10/10)
– Sentiasa ada yang menyapu, mengemop kat lobi. Memang bersih
– Kawasan pool pun ada cleaner kutip daun2, dalam pool pun.
– Tiap malam akan tabur serbuk chlorine pool. Haa..ni terkejut sikit, tengah lepak malam2 depan bilik, tiba-tiba dia muncul minta izin lalu depan untuk tabur chlorine sepanjang kolam. So no wonder kolam nampak sentiasa clear 😎

πŸ“OVERALL (9.5/10)
– Disebabkan cik abang jarang dapat bercuti, so bagi kami ni lah hotel yang SUPER terbaikπŸ˜‰πŸ‘ kami tak cerewet sangst sebab dah biasa dengan perkara biasa 😁
– Banyak lagi kemudahan & entertainment pihak hotel sediakan. Tapi kami tak sempat terjah sebab sibuk main kolam depan bilik 😍
– Ada club untuk anak anak beraktiviti
– Ada club untuk teens (gitar, pool snooker, table football, etc)
– Ada gym juga
– Ada Shack bar tengah pool nampak wow tapi tak boleh datang beli

Penulis:Β Nazdratul Fatin Ashari
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana