Search
Search
Review Hotel | Glamping Rock Garden Camping

Review Hotel | Glamping Rock Garden Camping

Glamping di Rock Garden Camping

Lama dah teringin nak duduk dome tapi susah nak jumpa yang include all 3 criterias yang saya nak ( ada aircond, indoor toilet dan afforrdable) penting untuk yang ada anak kecik kecik dan bertudung. Tak kuasa nak pakai tudung tengah malam kalau nak pergi toilet πŸ˜‚

Stay satu malam : 24 – 25 sept (Sabtu-Ahad)

Direct booking early July sebelum sebab yang before tu memang full. Kosong bulan Sept je. RM280 semalam untuk satu dome. Kami book 2 dome untuk 2 family.

Ada banyak choices chalet lain. Ada chalet ada camp site ada dome double, yang ni baru. Depan menghadap sungai tapi yang ni tak ada indoor toilet. pilih je mana korang nak πŸ˜‚ Harga berbeza boleh refer website dia tapi masih marhaen jangan risau πŸ˜‚

βœ… Check in

Payah jugak nak cari. Tak ada lobby. Rupanya ada office kecik dalam kawasan camping. Kakak ipar yang tolong check in kan. Kami sampai pukul 4 settle dah semua boleh masuk bilik yay.

βœ… Bilik-Interior/Cleanliness/Amenities

Cukup selesa la untuk kitorang. Sebab masuk untuk tidur je. Sepanjang hari sibuk beraktiviti. Aircond sejuk malam, siang sebab panas sangat rasa ok ok je bilik, tak sejuk tak panas. Kalau tak ada aircond mmg sauna dalam tu terik gila matahari. Katil 2 double bed, satu sofa bed. Memang luas tidur terlentang untuk kami 5 beranak.

βœ… View from room

Depan bilik ada kolam. Keliling hijau, pokok pokok. Close to nature. Tapi banyak under construction diorang nak buat chalet baru.

βœ… Toilet-Cleanliness/Toiletries

Bawa towel sendiri dan sabun sendiri ya. Nama pun dome, camp site, tak expect pun amenities macam hotel 5 star. Asal ada satu toilet dalam bilik, ada shower, sinki, jamban yang bersih dah ok puas hati.

βœ… Wifi / Line telefon

Terbaik atau tiada signal? Tak ada wifi. Line Umobile dan Celcom sana okay je. Boleh online tengok movie tak tersekat sekat.

βœ… Makanan

Breakfast provided tapi memandangkan kitorang pergi pukul 7 tak ada lagi, kami masak sendiri je sebab barang dah bawak. Memang datang sini untuk lepakΒ² masak bbq ke steamboat ke untuk night activity. Bentang karpet kat luar, pasang netflix and enjoy the moment. Tak ada kedai runcit dalam ni, nak keluar makan pun jauh la jalan pun kecik dan berliku dan gelap. Kami bersteamboat malam tu. Breakfast goreng roti canai dan makan leftover semalam.

βœ… Fasiliti (Gym/Swimming Pool/Spa/etc)

Tak ada TV ya. Kettle pun tak ada. Bawak towel sendiri. Depan dome ada kolam. Kolam pun cetek je anak 2 tahun boleh berdiri jalan jalan. Tak ada limit jam nak mandi. Malam pun tengok ada budak mandi sampai tengah malam πŸ˜‚. Walking distance je nak pergi sungai. Anak anak memang puas mandi. Sambil masak masak sambil monitor diorang. Lepas bosan mandi kolam, mandi sungai pulak. Sungai dia tak dalam sangat berpasir, sesuai untuk budak2, siap boleh main pasir ala ala pantai lagi. Ada banyak aktiviti macam atv, night trail, river rafting tapi ada minimum pax la. Kitorang tak buat pun. Cukup pack dah jadual kami semalaman πŸ˜‚

Parking

Dome ada 3 je. Kitorang parking sebelah dome je 😬

πŸ”΅ OVERALL STAY

Happy dan puas hati. Memang kalau boleh nak repeat 10x lagi πŸ˜‚ Sungai best view pun cantik. Lepas dah hajat nak duduk dome nak acah camping tapi versi comfortable ada toilet πŸ˜‚. Busy sangat kami mandi sungai mandi kolam masak makan tengok tengok eh dah 11 malam baru sempat rehat dalam dome, terus tertidur. Sesuai untuk family ramai ramai baru seronok. lepas ni maybe nak try chalet dan book campsite satu. Tapi kalau nak weekend kena book months earlier lah ye. Sebab memang selalunya penuh. Weekdays tak tanya pulak kekosongan dia. Otw balik kat kawasan situ je kitorang singgah Hoga Tea Valley. Tak pernah tahu tempat ni wujud. Boleh join tour dia sejam. Overall we were satisfied and it was a memorable trip alhamdulillah.

Kredit : Nur Hanina Nasir

CutiMana