Search
Search
Review Hotel | D’Sora Boutique Business Hotel

Review Hotel | D’Sora Boutique Business Hotel

Saya nak share kenapa kami sekeluarga suka check in kat D’sora Boutique Business Hotel kat Sendayan.

1. Saya tinggal di Nilai. Jadi selain ke Sepang dan Port Dickson, Sendayan adalah tempat yang tidak terlalu jauh dari rumah. So, tak banyak habis masa atas jalan.

2. Sendayan ini bila hujung minggu atau musim cuti tak sesak macam Sepang atau PD. Suasana kat sini macam kampung, tapi kat tengah-tengah ada bandar yang tersusun cantik.

3. Hotel ini dekat dengan pelbagai tempat cantik dan menarik, antaranya:
+ Masjid Sri Sendayan
+ Sendayan Green Park (saya jogging kat sini sambil isteri dan anak-anak main)
+ Carnelian Park
+ X’Park Sendayan (kat sini pun ada pelbagai tarikan seperti Skate Park, Go Kart, ATV, Golf Driving Range, Badminton Court, Futsal Court, Flying Fox, Food Court, Car Boot Sale)
+ Keria Wawa Sendayan
+ Roti Canai Kayu Api, Kg. Jimah (baru viral)
+ Bukit Bal, Seremban 2 (teringin nak hiking kat sini)
+ Dan banyak lagi

4. Dengan harga bermula RM130 (walk in), kami boleh dapat perkhidmatan dan kemudahan yang sungguh berbaloi.

Contohnya:
+ Bilik dan bilik air yang selesa untuk 2 orang dewasa dan beberapa orang budak kecik.
+ Sudah termasuk sarapan menu Melayu dan Barat untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Lagi 2 orang anak, dikira macam seorang dewasa. Kena caj tambahan RM10 sahaja. Untuk makan tengah hari dan makan malam, kami ke restoran berhampiran. Nak ke KFC boleh jalan kaki je kat seberang hotel.
+ Dapat guna kemudahan D’Tempat Country Club. Ini paling best. Saya cerita dengan lebih terperinci kat bawah. D’Tempat Country Club. Kat tempat ini ada pelbagai kemudahan sama ada percuma (bagi ahli kelab dan tetamu hotel) mahupun berbayar.

Antara kemudahan percuma adalah seperti berikut:
+ Kolam renang saiz Olimpik
+ Jacuzzi kat tepi kolam renang
+ Gym dalam air
+ Taman tema air
+ Gym+ Sauna & steam room
+ Bilik bermain kanak-kanak
+ Panggung wayang mini
+ Bilik baca
+ Tuala.

Manakala kemudahan berbayar antaranya:
+ Beberapa restoran
+ Bowling
+ Snooker
+ Massage
+ Spa
+ Dewan .

Ada lagi kemudahan lain, tapi saya tak pasti percuma atau berbayar. Saya tak habis explore.
+ Indoor tennis court
+ Badminton court
+ Squash court
+ Meja ping pong.

Semua kemudahan itu sebenarnya disediakan untuk penduduk Bandar Sendayan. Siapa yang beli rumah dengan Matrix akan dapat keahlian percuma untuk tempoh tertentu dan boleh guna segala kemudahan yang ada.

Penduduk berhampiran kalau nak guna, perlu langgan keahlian ataupun boleh juga datang dan bayar bila nak guna sahaja.

Satu lagi cara adalah dengan menjadi tetamu D’sora Hotel. Bagi tetamu D’sora Hotel, supaya dapat guna kemudahan percuma hanya perlu buat pendaftaran kat kaunter lobby. Nanti akan dapat gelang warna biru sebagai pas masuk. . Biasanya kita akan check out hotel dalam pukul 12 tengah hari kan? Tapi selagi gelang biru ada kat tangan, kita masih boleh guna kemudahan D’Tempat sampai malam. Ha, best kan?

Kami lepas check out, makan tengah hari dulu kat restoran berhampiran. Selepas itu terus ke D’Tempat untuk solat zohor di surau. . Sambil tunggu saya dan isteri solat, anak-anak menunggu kat bilik bermain.

Menjelang pukul 2:30 petang, kami bergerak ke panggung wayang mini. Masa ini selalunya ada tayangan filem kartun animasi untuk budak-budak. Masa kami pergi hari itu tayang filem Ferdinand. Habis tengok filem, anak-anak pun seronok walaupun penat. Kami kemudian balik Nilai untuk sambung rehat.

Sekiranya anda mencari tempat bercuti atau berehat, saya cadangkan supaya pertimbangkan tempat ini. Insya-Allah anda akan puas hati.

Saya sendiri memang dah berulang kali check in kat D’sora Hotel ini. RM130 untuk bilik dan breakfast serta boleh dapat macam-macam memang sungguh berbaloi. . Masa tempah online guna Agoda hujung minggu lepas kami dapat harga RM110 sahaja. Lagi jimat. Haha.

Cuma itulah, selera kita tak sama. Bagi saya sekeluarga memang dah habis seronok. Tapi orang mungkin ada expectations lain. Better cuba sendiri. . Sekian. Terima kasih. Stay safe and keep healthy.

RFS.

P/S: Kat gambar saya ada letak caption untuk share maklumat lebih lanjut. .

P/P/S: Taman tema air kena tutup sebab susah nak kuat kuasa ikut SOP. Kolam renang boleh guna, tapi kena book slot supaya tak terlalu ramai orang pada satu-satu masa. Kena pakai swimming attire, tak boleh pakai baju biasa.

Penulis: Raisul Fadhla Safiruddin
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana