D’Sawah Bendang Homestay, Sungai Besar, Selangor. Kami menginap 2 hari 1 malam pada 7 Januari 2022. Homestay ini ada beberapa jenis rumah. Kami menginap di rumah Semi D dengan harga RM200 semalam dengan breakfast. Sarapan pagi secara berbungkus iaitu nasi lemak, 2 jenis kuih dan air teh o. Tempahan dibuat melalui whatsapp dengan bayaran booking sebanyak RM50. Rumah semi D ini ada 2 bilik dengan katil queen dalam setiap bilik.
REVIEW
Check in di kaunter pejabat homestay. Masa check in terus bayar penuh secara transfer ke akaun bank homestay. Tiada deposit dikenakan.
Bilik tidur hanya ada kipas dan katil. Cadar, bantal dan selimutnya bersih. Aircond diletak di ruang tamu sahaja. Masa kami check in jam 3 petang masuk ke dalam rumah rasa kurang selesa kerana panas sebab bahagian tepi rumah menghadap matahari. Tapi bila malam sejuk. Tidur tak pasang kipas. Cukup je rasa sejuk aircond ruang tamu tu.
Ada dapur memasak dan pinggan mangkuk disediakan. Tapi kalau nak guna kena basuh dulu sebab rasa berminyak-minyak.
Bilik air memuaskan je dan boleh dipertingkatkan lagi kebersihannya. Hanya dua helai tuala sahaja diberi. Tapi bila saya ‘request’ tambah lagi dua, dapat je tanpa bayaran tambahan.
Wifi tak perasan la ada atau tidak. Saya pakai line celcom, ok je.
Parking betul-betul depan rumah.
Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah memancing, pusing2 bendang dengan basikal, berenang dalam kolam yang disediakan. Barbeque pun boleh. Perkhidmatan sewa basikal ada disediakan. Macam-macam jenis ada. Basikal satu seater RM5 utk sejam. Kalau dua seaters RM10. Harganya ikut bilangan seat basikal.
Homestay ni berdekatan dengan tempat2 makanan viral seperti Laman Tebu Aidil dan Abah Ikan Bakar. Mungkin ada lagi yang saya tak tau. Bagi kami yang tak pernah merasa suasana sawah padi rasa seronok dengan pemandangannya.
Cuma homestay tu agak kurang selesa untuk kami sebab ruang tamu pun cuma ada tv je. Sofa pun tak ada. Bilik tidur tiada aircond. Waktu siang agak panas jika nak berehat dalam bilik. Jadi aircond yg ada di ruang tamu sentiasa dipasang. Tapi saya beri kredit kepada admin homestay ni yang prihatin. Saya terpaksa tangguh booking sebab anak sakit dan hanya dapat maklumkan pada pagi hari saya sepatutnya check in. Mereka benarkan saya ubah tarikh tanpa perlu bayar duit booking baru.
Overall.. saya suka sebab suasana sawah padi yang cantik.
Penulis: Nor Aisah Anuar Shah
Sumber: Group Hotel Review Malaysia