Search
Search
Review Hotel | DashBox Hotel

Review Hotel | DashBox Hotel

Hi.
Staycation sejengkal dari rumah kali ke 5 di DashBox Hotel Cyberjaya .

Check in : 6 Feb 2022
Check out : 7 Feb 2022

Harga : RM 220
(2D1N -Tak ambil breakfast sebab dah tahu level menu dia)

Booking thru Agoda.

Room type : Garden View King Studio

🔘 Check in ⭐️⭐️⭐️⭐️ ✅
3.15 sampai. Drive dari rumah dalam 15 min. Laju proses di kaunter. Staff friendly. Deposit RM100. Now nak check in terus check temperature di kaunter and dapat gelang pelekat untuk mandi di pool. Macam masuk theme park 😅😅

🔘 Dinner
Dinner dekat Saba Restaurant. Dalam 1.5km dari hotel. Area situ banyak kedai makan. Drive keluar ada food truck park. Ada mall dan lain2. Grab and Panda bersusun2.

🔘Breakfast ✅
Kali ni tak ambil. Selalu breakfast nya jenis order dari list menu. Tunggu waiter hantar sampai meja. English Breakfast sedap. Yang lain biasa sahaja.

🔘Pool ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Datang sini sebab Pool. Anak suka sangat2. Sebab ada slide. Pool besar. Tak payah gaduh tempat😂. Sukahati nak mandi berapa lama pun. 7am-10pm tak ada limit.

🔘Check out ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Normally sangat cepat pantas tak ada isu.

Room ⭐️⭐️⭐️⭐️
Agak kecil. Saya dah try semua bilik disini. Dari 2 Single, Queen, stay dalam Kontena dan ni King. Ruang solat agak limit. Nak bawak extra toto pun sorry ye tak muat. Toilet bersih and selesa. Ada juga extra toilet di area Pool. Sangat cantik next boleh try bilik Superking.

Overall ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Ok la untuk small family anak kecil untuk stay in 1 room. Kalau anak besar2 tu rasa boleh ambil bilik lain. Duduk hotel ni pun sebab rasa yang paling senang dan mudah nak bagi anak2 enjoy.
Buka pintu balkoni belakang terus nmpk view Garden, jalan 10 tapak dah sampai pool area.😄


Pertama kali bagi review, sebab saya datang Weekdays..
-Kids Friendly Hotel la senang cerita sebab pool dia very nice. Ada level2. So parents senang nak control anak2.
-Parking mudah sangat depan pintu bilik hotel sahaja. Tapiiii kata staff weekend mcm sardin kak. 😅😅😅

Sorry gambar tak banyak sebab dah banyak kali stay sini so tak rasa nak ambil gambar lagi 😆

Thank You.

Penulis: Fatin Lyana
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana