Search
Search
Review Hotel | Casa Del Rio

Review Hotel | Casa Del Rio

Memandangkan tak ramai yang pilih hotel Casa Del Rio di Melaka, maka saya terpanggil untuk buat review tentang hotel ini.

Check in : 12 Disember 2021
Check out: 13 Disember 2021

Jenis bilik: Deluxe River

Harga : RM606 termasuk sarapan untuk dua orang dewasa. Anak saya berusia 12 tahun, ada tambahan harga untuk sarapan, RM45 kalau tak silap. Tetapi berbaloi dengan apa yang dihidang untuk pilihan.

Booking platform:
Agoda

Proses check in ⭐⭐⭐⭐⭐
Sangat cepat. Kami tiba pada pukul 4pm. Staff yang sangat baik dan efficient. Tiada deposit diperlukan. Setelah dapat kad kunci (key card), kami dihidangkan dengan refreshment yang sangat menyegarkan.

Keadaan bilik ⭐⭐⭐⭐⭐
Bilik yang dipilih ialah jenis yang menghadap Sungai Melaka cumanya tak dapat katil saiz king sebab tak available. Tak mengapa sebab walaupun saiz single, ianya besar. Tilam pula empuk. Secara keseluruhan, bilik ni antara bilik yang sangat selesa, bersih, wifi yang laju, cukup semua amenities, shower head yang best dan saiz bath tub yang luas dan panjang sesuai utk sesiapa yg ketinggian macam suami saya: 177cm. Dari balkoni bilik boleh nikmati river cruise.

Lokasi ⭐⭐⭐⭐⭐
Terletak betul2 di kawasan POI (places of interest), maka kami cuma berjalan kaki sahaja dari hotel ke Jonker Walk dan kawasan sekitar seperti Hard Rock Cafe yang mana guests di hotel ni dapat diskaun 10% jika makan di kafe ini.

Parking ⭐⭐⭐⭐⭐
Di basement, dan luas.

Swimming pool –
Tak guna facility ni sebab seronok guna bath tub.

Sarapan ⭐⭐⭐⭐⭐
Saiz kafe yang luas. Kami pilih yang menghadap sungai, jadi agak jauh untuk ulang alik ambil makanan. Tapi view memang cantik pada waktu pagi. Pilihan makanan yang sangat banyak dan sedap. Puas hati. Ada nasi lemak, egg counter, yogurt dll. Typical breakfast.

Check out ⭐⭐⭐⭐⭐
Sama seperti proses check in, ianya juga smooth. Tak perlu tunggu untuk staff checked bilik dulu baru dapat gerak.

Staff ⭐⭐⭐⭐⭐
Semuanya friendly. Staff di sini kaya dengan senyuman.

*Hotel ni senibinanya cantik, dan ada banyak tempat kita boleh bergambar kat hotel ni. InshaAllah andainya saya ke Melaka lagi, saya akan kembali menginap di sini.

Penulis: Rohida Yahya
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana