Search
Search
Review Hotel | Bayu Lestari Resort

Review Hotel | Bayu Lestari Resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini saya nak review satu resort di Pulau Besar, Mersing, Johor.

BAYU LESTARI RESORT

Date check in : 5/2/2022
Date check out : 7/2/2022

Price : 3 hari 2 malam termasuk 2 sarapan pagi. 2 lunch juga 2 dinner. Juga pakej snorkeling untuk 2 dewasa and satu kanak2 semua.
Total : RM1900
( booking melalui agent : FR Island Venture ) oleh disebabkan sini adalah review hotel jadi saya tak nak la review servis agent ni tapi bagi saya servis kurang memuaskan )

Check in : Oleh disebakan kami sampai awal di resort dan bilik belum siap jadi kami terpaksa tunggu di situ selama lebih kurang 2 jam juga. Jam 12 tengahari kami boleh check in ke bilik dah.

Bilik : Saya beri 🌟🌟/5
Bilik keluasan agak besar bagi 3 orang disebabkan kami diberi bilik untuk 5 orang. Terdapat 5 katil.

Kebersihan bilik : Kurang memuaskan. Selimut terdapat kesan kotoran. Bilik agak berhabuk juga bilik air juga tandas yang kurang bersih.

Makanan : Saya beri 🌟🌟🌟/5
Makanan jika kena dengan tekak memang agak sedap tapi bagi saya yang kurang makan lauk pauk begitu so saya bagi 3 bintang saja la. Cuma sarapan pagi makanan yang sama cuma yang lain sehari dapat mee goreng sehari lagi kueh toew goreng ( jika nak tengok lauk pauk apa yang dihidangkan boleh la layan video saya. link dibawah ya )

Kawasan persekitaran memang cantik. Sesuai nak relax2 juga berOOTD.

Ok last review saya nak cerita sikit pengalaman kami disini. Pengalaman pahit yang tak akan kami lupakan juga yang membuatkan kami tak akan jejak lagi kaki disini walaupun jika ada orang nk sponsor kami kesini.

Semua sedia maklum yang resort ni disebuah pulau. So time nak balik kena la naik bot kan. Apa yang jadi? Pihak resort sediakan kami sebuah bot kecil yang tiada cover kecuali bumbung. Macam bot yang nak bawa orang snorkeling tu. Nak snorkelling tak pa la da memang nak terjun laut kan. Ni bayangkan time nak balik mesti la kita pakai cantik2 kan. Nama pun nak balik. Takkan la nak pakai baju tidur or baju mandi ja. Time tu laut bergelora. Bayangkan setiap 5min dalam bot tu selama 30min kami disimbah dengan air laut masin. Bukan air tawar ya. Bayangkan la sampai Jeti Mersing tu kami basah lencun. Semua basah termasuk bag kami. Handphone yang kat dalam handbag pun kena gak air sikit. Cuba la korang bayangkan berada ditempat kami. Orang yang bawa bot tu pun tak kan la tak boleh fikir kot. Tiap2 hari bawa guest pergi balik resort. Dah tau macam mana keadaan laut. Patutnya bawa bot yang tertutup macam masa kami sampai tu.

Overall saya bagi 🌟🌟/5 ja untuk resort. Itu pun disebabkan view yang cantik juga makan yang agak sedap. Ok jika nak tengok mcm mana keadaan resort ni sila la lawat video saya ya.

klik ja link dibawah.

Terima kasih admin.

Penulis: Rosa Zor El
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia

CutiMana