Search
Search
Review Hotel | Banglo Enggang

Review Hotel | Banglo Enggang

Alhamdulilah review BANGLO ENGGANG di Sugeh Hill Resort, Janda Baik. Sesuai untuk family day😍

2 minggu sebelum pergi, kami booking unit Enggang di website Sugeh Hill Resort. Alhamdulilah masih available. Harganya waktu weekend memang mencanakπŸ˜… tapi puas hati jugaklah sebab ada private pool. Anak-anak buah sampai pukul 12 malam lah berkubang dalam pool.

Unit Enggang ni 4 bilik. 1 bilik tingkat atas, 1 bilik tingkat bawah. 2 bilik lagi luar dari rumah, depan pool.

2 bilik air dalam rumah, 1 bilik air asing di luar, senanglah lepas berenang, terus mandi dan tukar pakaian kat bilik air depan pool. Pool dia pun besar, 4 kaki dalam.

Nak parking pun senang, sebelah rumah je parking. Sesuai untuk orang tua yang sakit lutut, tak payah menapak jauh. Kiranya unit Enggang ni jauh ke tepi,ada privacy lah untuk family. Kalau nak ke sungai, kami kena menapak ke hujung pulak. Sungai dia bersih😍 Sejuk yang amat. Kat sana pun banyak aktiviti boleh kita join tapi sebabkan sehari je terbatas masa.

So far unit yang stay ni bersih, kemas dan selesa. Cuma paip kat sinki dapur goyang sikitπŸ˜… dan bagi pengguna DIGi, korang akan lost dari dunia maya sekejap sebab tak da line. Internet pun tak akan dapatπŸ˜“ Line Maxis, Celcom ok kat Sugeh.

Apa-apa pun kami puas hati je. InshaAllah ada rezeki boleh repeat😍

Nak full review video boleh tengok di Youtube Cikgu Wan Wnz

Harga:
Weekdays RM1000
Weekend RM2000 😊

Lebih lanjut boleh klik youtube di bawah:


Penulis:Β Amiaz Zain
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia
CutiMana