AVILLION CAMERON HIGHLAND
Check-in : 28 Jan 2022
Check-out : 30 Jan 2022
Booking : Traveloka
Rate : RM470 (3D2N)
Room type : Deluxe Studio
CHECK IN / OUT
Level 3, proses sgt cepat & smooth.
Deposit RM100.
PARKING
Basement parking, banyak space.
BILIK
Bilik paling best, sangat luas & selesa. Saya yang anak ramai (4 orang) yang xperlu bilik ke2 sbb anak2 masih kecil, selalu hadap masalah ni kt hotel lain, bilik kecil yang kadang2 tak muat untuk extrabed pun. Tapi kat Avillion, bilik luas plus ada sofa & daybed, tak perlu lagi request extrabed. Cuma request extra bantal & blanket (RM5 each). Cuma bilik air agak sempit, tak ada bathtub, tapi bersih.
VIEW
Biasa2 je, view bukit tapi saya prefer view sini, lebih tenang daripada city view yang agak bising.
BREAKFAST
Cafe agak sempit & terhad. Makanan sedap tapi tak banyak choice. Menu biasa breakfast eg. nasi, roti, egg station, mee & kuih. Hotel ada mention Light Breakfast so memang tak expect spread yang banyak.
LOKASI
Tengah2 pekan Tanah Rata, atas mall. Mall kecik je, ada MrDIY dan beberapa kedai lain, tak banyak. Yang best lokasi city mcm ni, makanan & kedai senang nak access. Turun bawah jalan kaki je untuk cari.
STAFF & SERVICES
Staff hotel semua sangat friendly and helpful, fast service. Request housekeeping terus datang, tak tunggu lama.
PLAYGROUND
Hotel ni tak ada kolam, tapi ada small playground yang well maintained.
Overall
SANGAT PUAS HATI. Untuk harga bilik & segala kemudahan yang ada memang value for money
Next time boleh repeat
Penulis: Anis Adlin
Sumber: Group Hotel Review Malaysia