Search
Search
Review Hotel | Avante Hotel

Review Hotel | Avante Hotel

AVANTE Hotel @ One Utama, Petaling Jaya

Last minit staycation 2022, dah survey banyak hotel area KL tapi pool semua kena book dulu slot lepastu mandi sejam je. Ada tu pool tertutup anak pulak taknak. Dekat sini ada infinity pool & open, tak ada booking2 slot.

View hotel boleh tengok dekat link bawah ni 👇🏻👇🏻

Check in : 3/2/22, Khamis (check in 3pm)
Checkout : 5/2/22, Sabtu (check out 12pm)
Proses check in and check out smooth, laju je.

Room Type : Deluxe King

Price : RM670 include breakfast (3D2N)

Depo : RM100 (refundable)

Bilik – ⭐️⭐️⭐️⭐️
Bilik besar, bersih & sangat selesa. Tapi katil tu rasanya bukan king size, mcm queen size je. View bilik sis hadap 1 Utama, KPMG & nampak MRT sipi2 so tak cantik. TV pulak ada 4 channel je kot tu pun siaran biasa je. Adeh la. Tapi sebab bilik besar & selesa, ok je yang kurang best tu

Bathroom – ⭐️⭐️⭐
Toilet pakai bidet. Adoii nak guna pon payah tambah kalau anak berak jenuh mak kau 🤣🤣. Tak ada pipe apa2 langsung. Nak ambil wuduk pun susah

Dinner : 1st night kami makan dekat Mutiara Damansara. Malam kedua kami makan dekat One Utama je la sebab jalan kaki je dah smpai. Makan Kfry tapi tak habis sebab ayam dia besaq sangat😂😂

Breakfast – ⭐️⭐️⭐️
Buffet. Tak banyak pilihan untuk breakfast, tapi boleh la untuk kenyangkan perut 😅😅.

Parking – Free, tapi sebelum keluar kena g cop dulu dekat receptionist.

Swimming pool ⭐⭐⭐⭐⭐
Cantik, besar & open. Ada 3 jenis pool satu untuk kids, satu untuk toddler & satu lagi untuk adults 😍
Buka dari pukul 7am-7pm. Kami mandi sampai kecut 🤣

Amenities : ⭐⭐⭐⭐⭐
Dekat dengan MRT, dekat dengan One Utama so kalau tak ada aktiviti boleh berjalan kaki pergi shopping or jenjalan.

Kids club : Sama level dengan swimming pool jugak. Tengok dalam tu ada slide, climbing wall, kerusi meja. Dah siap sebenarnya tapi tak buka lagi. Tak tau kenapa. Tanya staff pun dorang tak tahu bila buka. Sebelum book sis dah call tanya sebenarnya so tak ada la kecewa sangat but still ada la jugak sikit sebab nampak menarik kids club dia.

Overall puas hati 🥰🥰

Penulis: Nurul Azah Zainol
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana