Search
Search
Review Hotel | Art Cottage

Review Hotel | Art Cottage

Kami sekeluarga 4 orang bercuti cara bajet pada bulan Oktober tahun lepas ke Lost World of Tambun, Perak. Disebabkan ada budak2, senang cari hotel yang dekat dengan kedai & kemudahan lain. So saya book Art Cottage Ipoh. Kami ambik Family Room untuk 2 malam ( Khamis – Sabtu ) RM446. Hotel dia comel ja tapi dalamannya cantik & simple.

Jarak ke Lost World hanya 4km. Jarak ke highway utara selatan 3km. Dekat ja dengan Aeon Big Ipoh. Ada 7 eleven di blok yang sama. Takdak breakfast. Food panda available. Bilik family room ni ada bunk bed selain king size bed, jadi sesuailah kami 4 beranak & si adik tu seronok betui memanjat & turun tangga bunk bed tu sampai penat.

Bilik ni walaupun takdak tingkap tapi tak bau hapak @ kepam. Bersih, penggunaan warna yang tenang & agak luas biliknya. Staff sangat friendly & mudah untuk berurusan. Kena book awal sebab cepat penuh. Family Room with bunk bed tu laku keras. Kami book sebulan awal melalui OTA web. Lupa nak ambik gambar bilik air. Tapi bilik air bersih & luas. Boleh refer dalam OTA web. Bunk bed agak tinggi. Siapa gayat macam saya baik tidoq bawah la. Hehe.

Penulis: Hafilah Salleh
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana