Aqil Beach Inn, Marang, Terengganu
Date : 3-4 Feb 2022 (1 mlm)
Booking : Agoda
Harga : RM249 (tapi saya bayar RM162, rasanya sebab saya book awal)
Bilik : Apartment ada 3 katil queen, muat untuk 6 orang
Checked in sangatlah cepat sebab tak ada orang lain pun, masa tu dah pukul 5 petang. Tiada deposit dikenakan.
Checked out tinggal kunci dlm bilik je.
Bilik bawah, ada 2 entrance. Satu entrance view laut, nampak pulau kapas.
Terdapat 2 katil queen di bahagian dalam dengan ruang rehat, tv, console table, almari (banyak hanger) & kerusi. Tak ada sofa empuk
Terdapat satu bilik kecil dengan katil queen. Kiranya kalau menginap dengan anak2 remaja, ibu ayah ada privacy lah.
Bilik air/toilet satu saja. Toilet cuma ada sabun, tiada shampoo. Water heater pun ada.
Private parking, berpagar, dengan pengawasan cctv bersebelahan dengan bangunan penginapan.
Ruang belakang bangunan ada tersedia bangku & meja, boleh juga makan2 di situ. Malam2 memang best duduk kat situ. Menikmati angin laut.
Ada mini pool untuk budak2. Bangunan penginapan hanya beberapa meter saja untuk ke pantai. Pagi2 boleh tengok sunrise.
Overall memang ok sangat sebagai hentian rehat satu malam selepas jauh perjalanan. Bilik pun bersih & terjaga. Aircond sejuk
Rasanya tempat ni baru jer renovated, seperti baru dicat semula.
Satu kekurangan kat sini, dekat sangat dengan jalan besar. Memang agak bising sampai lah tengah malam. Tapi kekadang tak terasa sangat sebab bunyi ombak pun agak kuat.
Tilam & bantal biasa2 jer, taklah selesa sgt, tp oklah untuk 1 malam.
Untuk penginapan taraf bajet saya bagi 5
Repeat: Yes!
Tambahan : Berdekatan dengan tempat makan. Untuk breakfast jalan kaki je, ada gerai nasi dagang, nasi minyak, nasi ganja,roti canai etc. Boleh search kat gmap
#terengganu
Penulis: Mila Kamila
Sumber: Group Hotel Review Malaysia