Search
Search
Review Hotel | Amverton Cove

Review Hotel | Amverton Cove

Assalammualaikum Hotel Review Malaysia.

Nak share hotel di Teluk Panglima Garang

Hotel –
Amverton Cove

Tarikh –
Check In 22 Jan – 23 Jan 1night

Harga –
RM 600++ booked via agoda.com (2 bedroom tatami Japanese style + siap sarapan) saya booked agak last minit 1 hari sebelum.

Check in/out –
Check in good, no deposit. Dapat masuk pukul 2. So suka sangat sebab boleh mandi2 pool dan nak masuk taman tema

Bilik –
Untuk unit saya 2 bedroom Japanese style mmg mantap👍. Kemas dan bersih. Tilam dan bantal yang lembut. Ada sofa dan kemudahan asas hotel. Mempunyai 2 toilet yang agak luas juga. Aircond tiada masalah. Cuma unit memang tak ada carpet. Jadi sejuk sikit bila pijak. Kami booked di unit baru, bukan unit Amverton Riverside. Kami di Riverine building.

Breakfast –
Breakfast banyak pilihan. Bersih dan banyak juga pilihan makanan. Berbaloi juga booked with breakfast.

Pool –
Kolam mandi besar untuk dewasa, tetapi untuk kanak2 sangat kecik. Tp tak ada hal sebab anak2 semua mandi dikolam besar. Tak perlu booked2 sukahati je. Lagipun orang tak ramai guna pool sebab sini ada taman tema baru. Jadi orang ramai pergi kesana.

Aktiviti –
Sini aktiviti banyak jugak, kami pilih ke animal island, duck boat, atv kids dan archery. Pakej nya RM125 untuk 4 orang, 2 dewasa 2 kanak-kanak. Tapi sebab anak saya sorang lagi tu badan dia kecik, maka pihak hotel tak kira sangat. Ikutkan naik2 tu ada masa tapi kami belasah je. Pihak aktiviti tu pun mcm ok je sebab orang pun tak ramai.

Alhamdulillah rezeki untuk kami. Lepas kami check in bilik, kami turun mandi pool je. Tapi sebelah tu ada taman tema melambai2 kami ambik keputusan pergi juga sebelah.

Taman tema –
Jika anda menginap di hotel, akan ada discount sekepala RM38 dewasa dan RM25 kanak2 (maaf kalau silap sebab lupa). Dalam taman tema tu tak lah besar sangat tapi cukuplah untuk anak2 gembira. Tempat pun relax tak crowded. Relax sikitlah nak kesana sini dalam tu.

Hotel ini terletak agak jauh kedalam area ladang kelapa sawit. Walau agak susah untuk cari makan lunch, tapi kami makan di golf club terrace house dia je. So far harga tak lah mahal sangat. Ala2 Secret Recipe punya level. Makanan pun so sedappp. View pun best mengadap padang golf. So jika nak berjimat, sebelum masuk beli siap2 makanan untuk kudap2 dan makan.

Terima kasih.

Penulis: Nur Aen
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana