Search
Search
Review Hotel | Aloft Hotel

Review Hotel | Aloft Hotel

Saya nak share review dan pengalaman tak best stay di Aloft Hotel KL Sentral.

Check in : 2.2.2022
Checkout : 3.2.2022

Harga : RM 519 (2 room including breakfast)

Deposit : RM 200 (2 room)

Book under Marriot Bonvoy apps

Checkin:
Banyak baca review orang complain tentang check in process yang lambat. Tapi kebetulan masa saya sampai servis OK je. Mungkin sebab tak ramai orang. Cuma staff tak berapa friendly jika nak dibandingkan pengalaman kami stay 2 hotel lain area KL Sentral (LeMeridian dan Hilton sebelum ni). Tiada staff hotel yang entertain bawakan beg. Memang beg angkat sendiri. Mujur travel dengan 2 anak dah besar. So tak ada lah masalah sangat.

Facilities :
BIlik besar dan luas. Puas hati. Ruangan toilet dan almari luas dan selesa.

Pool :
Infinity pool di roof top. Petang 2.2.2022 ada towel di sediakan, tapi swimming pagi 3.2 tak ada towel di sediakan. Cari staff nak minta pun, sorang pun tak ada. Tak ada yang jaga pun di area pool.

Breakfast :
Ok lah untuk standard hotel macam ni. Ada menu rare iaitu nasi kerabu dan laksa Sarawak. Menu-menu lain standard macam hotel-hotel lain je.

Lokasi :
Strategik. Dekat dengan NU Sentral dan KL sentral.

Parking :
RM10. Masuk guna Touch n Go card dan verify di counter masa check out.

Yang tak bestnya :
Masa checkout untuk refund deposit receptionist minta tunggu sekejap sebab house keeping nak check bilik. Dalam 15 minit selepas tu, receptionist maklumkan satu bilik OK (bilik 2417) satu lagi bilik ada kesan titik-titik darah di cadar (bilik 2416). Dia pun tunjuk gambar di phone dia. Darah tu titik2 kecil-kecil je (bukannya macam darah period pun). Sebab tak puas hati, husband decide nak naik semula ke bilik dan tengok sendiri. Bila husband naik dia bgtau titik-titik yang dikatakan darah tu di tempat tidur saya area bahu ke atas. Macam pelik pula sbb saya memang takde luka apa pun. Takde jerawat ke apa yang berkemungkinan pecah. Lepas tu house keeping tunjuk lagi satu sport titik-titik yang dikatakan darah area hujung kaki. Itu pun pelik sebab saya mmg tak ada luka di kaki. Dua-dua titik-titik yang dikatakan darah tu side tempat saya tidur. Di pendekkan cerita, kami pun tak ada bukti yang mengatakan bukan kami yang kotorkan. Jika betul benda tu dah ada sebelum ni pun kami tak dapat buktikan sebab kami memang tak check dan tak pernah check pun selama ini. Melainkan lah ada isu yang major baru lah kami report biasanya. So kami kena bayar RM 180 dan dapat lah bawa balik cadar 2 helai (+- burn lah deposit kami). Boleh la kami jadikan cadar tu sebagai kenang-kenangan.

Tujuan saya kongsikan pengalaman ini adalah sebagai pengajaran buat saya dan rakan-rakan yang lain. Next time, bila check in hotel sebaiknya kita check dulu tilam, bantal, cawan dan facilities yang ada. Lagi baik jika boleh di videokan dan ada rekod masa dan tarikh. Kita kira berapa towel yang kita dapat dsb. Untuk datang semula hotel ni dan rangkaian nya mungkin tidak lah kot. Staff pun tak friendly.

Penulis: Marziah Mohamad
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana