Search
Search
Review Homestay | The Farmhouse

Review Homestay | The Farmhouse

Homestay Konsep English Farmhouse indah khabar dari rupa?

🏡 Page : The Farmhouse PD

Basikal ada disediakan, kami sempat pusing kampung lagi

The Farmhouse PD, Villa 5 Bilik

Tarikh Check In : 24/8/2022

Tarikh Check Out : 25/8/2022

Homestay 5 bilik Berkonsep English Farmhouse di Port Dickson

Check in ✅

Kena scam? First impression bila sampai je kat area homestay ni macam tak percaya, sebab ni kawasan kampung berdekatan dengan Shell dan Hospital PD tu. Betul ke ada homestay macamtu.

Alhamdulilah bukan ‘SCAM’ memang ada sebiji rumah warna putih tepi sungai, nampak dari jauh memang dah rasa English vibes tu.

Rumah ni besar, macam Villa, ada 5 bilik serta laman yang sangat luas sesuai untuk pelbagai aktiviti bersama family.

Ruang tamu.
Ni accent wall depan ruang tamu.
Meja makan

Bilik : ✅

Terdapat 5 bilik yang memang ada vibes Farmhouse tu, nampak Konsep shiplap kat wall, ada bilik yang berona putih dan ada juga yang berona hitam dengan accent wall DIY macam rumah mat salleh tu.

Katil ala mat salleh. Tema putih shiplap
Suka konsep katil scandic ni. Memang vibes rumah matsalleh.
Master room. Ngamlah kalau pengantin baru.
Bilik tido 3

Tandas : ✅

Ada 3 tandas, yang paling best ada bath tub dan semi open bilik mandi tu. Syok anak-anak dapat main air sepuas-puasnya.

Ada bath tub. Bilik air ni kat master room. Spacious sangat.
Tandas. 2 tandas with shower

Dapur : ✅

Alaa part ni orang rumah saya sukalah, sebab dapurnya dah macam rumah sendiri, lengkap dengan pinggan mangkuk. Konsepnya alahai comel sebijik macam kat Pinterest tu. Rona putih dengan backplash batuan Farmhouse. Ada penapis air Coway, Pembakar Roti, Microwave dan bermacam lagilah.

Ni geng suri rumah sukalah diorang

Swimming pool : ✅

Yang ni memang feveret la, kolam memang did depan rumah jer, rasanya saiz dalam 30 kaki, memang besar lah, anak beranak boleh berendam je dalam tu ramai-ramai. Owh nak maklum juga, memang ada partition kanak-kanak dan dewasa ya, tak risau sangat tentang safety diorang.

Kolam super best sebab depan rumah je. Rasanya saiz 30 kaki, ada pembahagian budak dan adult

Patio l BBQ Port ✅

Kalau dah family day memang tak sah kalau tak buat BBQ kan, so sini memang ada porch luar yang agak luas, kat situ lengkap dengan kipas, lampu dan paip, ada juga BBQ Pit serta 2 set meja besar, bolehlah Memasak juga kat sini, ala-ala wet kitchen kan.

So saya bolehlah katakan bahawa percubaan owner untuk terapkan elemen English Farmhouse tu tercapai, elok pulak kat laman tu ada fire pit, memalam lepak situ sambil bakar marshmallow dan layan guitar ke apa ke. Tapi kami lupa plak bawa alatan sebab tak sangka homestay ni havoc dan lengkap peralatannya.

Ada sejadah, indoor games, hair dryer dan iron jugak.

Last but not least, geng OOT. Korang memang wajib datang sebab banyak port bergambar kat sini.

Suka lepak sini malam malam

Chill. Insha allah datang lagi. Syabas diucapkan atas accomodation yang memuaskan hati.

OOTD ngam

Eh lupa nak letak harga 📍📍

Weekdays : RM800.00 (2 hari 1 malam)

Weekend : RM1000.00

Kredit : Muhammad Daniel Hakim

CutiMana