Hai semua.
Selalu baca review orang. Harini saya nak share percutian saya di Kuantan. Firstime saya ke Kuantan.
Hotel : TimurBay Residence
Check in : 3pm 7/06/2022
Check out : 12pm 9/06/2022
Bilik : Studio Room Seaview (1 queen bed, 1 single bes)
Rate : RM580 (3d2n)
Deposit : RM100
Bertolak dari Ampang pukul 11am sampai dalam jam 2pm. Singgah makan patin tempoyak di Farah Singgang, betul2 depan Timurbay je. Depan ni ada banyak kedai makan dari breakfast-dinner.
Proses check-in :
Ambil kunci di Mailbox, terus naik ke parking bahagian Resident. Parking pun dekat je dengan pintu masuk. Owner bagi instruction, password semua guna video sehari sebelum
Lokasi :
View sangat cantik
Tempat makan banyak
Pantai bersih dan landai sesuai bawa budak2
Bilik :
Studio Room Seaview (Tepi)
View laut sipi2 tapi tetap puas hati
Tingkat 11
Bilik ni ada 1 queen bed & 1 single bed
Ada meja dan kerusi di balkoni
Toilet :
Toilet bersih
Toileteries, towel & water heater disediakan.
Kemudahan dalam bilik :
Wifi : password
Netflix
Peti sejuk
Nescafe 3in1 & tea
Mineral water
Iron & ironboard
Oven, Rice Cooker, Kettle, Washer Machine, Toaster
Swimming pool:
Pool memang besar. View pantai.
Dari pool boleh exit terus ke pantai guna access card. Kami banyak turun ke pantai.
Aktiviti saya :
Mini Zoo & Dinosaur Encounter Taman Teruntum
– Tiket Adult RM25, Kids RM22. Indoor kena tambah RM16 tapi saya tak masuk. Best bawa anak2. Sediakan payung atau topi sebab panas. Pukul 11am ada show dino.
Main ATV
– RM50 setengah jam
Naik kuda
– Bayaran seikhlas hati tapi saya tak naik pun sebab bawa duit untuk beli aiskrem je
Dinner di Kimstone Food Court
– Tempat best, santai layan busker. Makanan biasa2 je
Pok Awang Celup Tepung
– Pukul 12.30pm baru buka. Pilih seafood yang kita nak, baru timbang dan goreng. Makan panas2 dihari panas. Sedap, puas hati, harga pun ok.
Kula Cakes
– Ni je hampa sikit sebab dah beratur sekali Mango Cheesecake habis daaa
Overall semua best dan puas hati. InshaAllah ada rezeki akan repeat lagi
Penulis:Suhaida Hazlan
Sumber: Group Hotel Review Malaysia