LA VILLA LANGKAWI – PRIVATE POOL
Room Type – 1 Bedroom Deluxe Villa with Private Pool
2 Adults 1 Children ( 5y )
RM 1565.98 per night includes breakfast – Booking thru Agoda
Location Pantai Tengah Langkawi
KELUASAN BILIK NI SAYA HIGHLIGHT SBB BESAR 1496 square feet
CHECK IN/ CHECK OUT
Proses check in dan check out sangat lancar. Sampai je macam standard 5 hotel lain, staff akan welcome dan minta kita duduk di sofa dgn welcome drink sementara staff uruskan check in kita.
Untuk anak2 dapat lollipop dan jajan. Cheat time la untuk anak makan jajan time ni sebab sekali sekala bagi dia merasa Luggage dan barang2 lain macam biasa staff turunkan dari kereta dan hantar terus ke bilik. Ohhh lagi satu, waiting room pon disediakan tau masa check in ni. Yang jenis ada anak kecil, sesuai sangat tunggu dalam waiting room ni sementara proses check in. Dalam waiting room ni boleh lah relaks2 minum air dan anak2 boleh main toys yang ada dalam bilik tu. Memang menenangkan.
STAFF
Dari waiting room, staff terus bawa saya satu family je villa kami. Staff sini mmg sangatlah membantu, rajin dan manis dengan senyuman. Tak ramai staff sini tapi servis tetap tip top Thumbs up untuk management La Villa untuk services yang sangat bagus
ROOM
Part sini memang saya paling suka tiap entry saya
Macam biasa, bukan saya je tapi semua orang kan mesti excited bila masuk bilik masing2 kan Masuk je bilik, terus saya dengan anak woooooooowwwwwwwwwwww besarnya bilik ni tak mcm bilik tapi macam sebuah rumah Masuk2 je, bahagian kanan terus nampak pool, ke depan ada satu bilik ruang tidur, belah kiri bilik air yang size dia sama dengan size sebuah bilik hotel lain. Lepas tu siap ada tangga naik atas jambatan untuk pergi ke bahagian ruang tamu dan dapur pulak. Fuhhhhh memang terasa besar dan unik design villa ni weh. Tak cukup lagi tu, rupanya villa ni ada balkoni yang view dia sawah padi balkoni dia pon besar ya amat
POOL
Pool dia cermin tau cantik sangat kalau shoot underwater. Macam pool kat Dash Langkawi tu. Onz teruk . Pool dia pon besar memang boleh la nak buat kuak lentang dari hujung ke hujung. Ada waterfall jugak di dinding pool tu tambahkan suasana yang nyaman dan tenang sangat.
BREAKFAST
Breakfast dia perfect. Staff serve dalam bilik. Bukan main hantar je, tapi staff akan masuk dan terus ke meja kita kemas apa yang sepah2 atas meja tu dan set up meja makan hidang cun2. Ambiance sini memang perfect sentiasa. Breakfast ke, lunch atau dinner memang staff akan pastikan pinggan kotor atas meja makan kita tu diangkat supaya kemas dan teratur sentiasa.
OVERALL STAYCATION
La Villa Langkawi memang tersangat memuaskan hati saya dan suami saya yang agak cerewet bab bilik dan servis semasa staycation kami di mana2. First impression dari kami sampai sehingga kami check out memang perfect. Dengan welcome drink, sambutan dari staff dari lobby ke villa, semasa di villa, everything perfect. Request baby cot pon pantas dihantar ke villa kami. Untuk yang ada anak kecil macam kami, baby cot memang sangat penting supaya baby tak jatuh katil (ada experience hotel 5 kedekut baby cot sampai baby jatuh). Di La Villa memang saya recommend sapa2 yang nak terasa stay di bilik yang keluasan seperti sebuah rumah dengan layanan yang perfect from check in until check out, u guys should try here. Ada rezeki lagi, saya nak repeat lagi La Villa Langkawi
Penulis: Wanie Syaz
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia