Villapadu Bayu @ Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Tarikh 13-18 Mac 2022
Bilik : 6 bilik dan kena tempah keseluruhan Villa
Harga :
RM 5000 ( weekdays)
RM 6500 ( weekend)
Sarapan di sediakan
Kemudahan : Jumlah keluasan
Villa : 7000sqf
Setiap bilik : 600 sqf
Ruang makan dan ruang tamu : 1200 sqf
Kolam renang : 1300sqf
Children friendly
Deck mengadap pantai 900 sqf, plug point dan sinki di deck.
Dapur 400sqf
Laundry ada mesin dan tempat ampaian
Parking setengah ekar
Check in pukul 3 petang
Cleaning deposit : RM1500
Kami booking dengan owner melalui phone Zulhisyam Ayob at 0193111333. Ataupun boleh melalui Booking.com dan Agoda
REVIEW :
Kami sampai ke sana dengan penerbangan pagi dan kami makan breakfast di airport dan ambil teksi sambil bersiar siar sekejap sementara tunggu yang lain sampai kat bandar Kuala Terengganu sebelum ke Villapadu Bayu. Dekat sahaja bandar KT ke Villapadu Bayu. Sampai pun dekat pukul 2. Parking memang luas 1/2 ekar.
Ada antara kami yang datang dengan kereta dan berjumpa di Villapadu tepat pukul 2, sambil menunggu bilik, tuan punya baik dan siap jemput kami untuk lepak di deck mengadap pantai menikmati angin laut. Deck pula teduh dilitupi pokok rhu dan angin sepoi sepoi bahasa.
Bilik dah siap dan semua dah masuk bilik dan tukar baju. Check in smooth dan check out juga smooth.
MAKAN :
Kami request untuk menikmati makan petang pisang goreng cheese dan keropok lekor RM25 dan teh tarik juga RM25 satu jug , sebab ada caretaker yang akan buat teh tarik dan goreng keropok dan goreng pisang cheese. Best juga minum petang di deck.
Malam berikut tu kami request untuk buat seafood barbeque. Harga seafood barbeque adalah RM90 untuk satu kepala. Seafood memang fresh, ada sotong, udang, kebab daging dan juga daging bakar dan ikan memang besar la. Cukup untuk keluarga kami yang 24 dewasa dan 6 kanak kanak.
Untuk tengahari keesokan semua malas keluar sebab budak budak nak main pool so order makanan tengahri ala kampung kat Villa. Yang ni tak silap dia charge RM45 satu kepala. Ada ikan asam pedas, sotong, kerabu, keluban, ikan goreng, dan ikan bakar. Makan kat deck, beramai ramai memang berbaloi dari makan kat luar. Makanan siap di hidang di deck kita datang makan jer.
Selepasnya tu makanan kami order Grab dan keluar makan. Order Grab food pun senang dan ada Coffee Outlet berdekatan dan boleh keluar jalan sahaja ke sana . Villapadu ni berdekatan dengan bandar dan seoanjang perjalanan ke bandar pun banyak kedai makan.
BILIK :
Bilik luas 600 sqf dan ada 2 king bed. Ada 6 bilik semuanya dan boleh tempat 24 dewasa. Setiap bilik ada 4 hp aircond dan cepat sejuk walaupun cuaca panas ketika tu. Setiap bilik dilengkapi 8 plug points dan setiap bilik ada air panas dan air pun laju.
LIVING ROOM :
Living room dan ruang dapur sangat luas. Ada 3 kitchen, satu attached to living room dan dua lagi di belakang. Ada airfryer dan microwave di kitchen depan dan kemudahan blender untul kitchen di belakang.Ada meja pool di ruang tamu ,karaoke dan TV dan ada 3 meja makan satu di ruang santai mengadap pool dan dua lagi di ruang makan. Katanya juga kita boleh request buat batik painting dan aktiviti untuk budak tapi budak kami ni nak main pool dengan pantai jer.
UTILITIES :
Kitchen ada tiga . Dry kitchen yang attached to living room. Ada fridge, air fryer, microwave and complete set with utensils. Pinggan mangkuk lengkap semua. Sesuai untuk menyediakan minuman dan sediakan makanan ringan macam nuggets dan hangatkan makanan. Dua lagi kitchen di belakang juga ada fridge dan dapur untuk memasak. Dilengkapi blender dan segalanya. Siap ada kemudahan periuk untuk masak dan barbeque dekat pool dan ada juga dapur disitu.
Mesin basuh juga ada dan senang diguna dan ampaian kain di belakang bagi yang ingin membasuh baju.
Suatu yang menarik WIFI coverage Villapadu ni sampai ke pantai. Dekat deck pun boleh WFH sambil ambil angin pantai. Plug point juga ada untuk charge komputer. Heaven!! Sebab ada antara kami yang terpaksa berkerja semasa bercuti jadi takde problem. Ada anak anak yang berPDPR so mereka juga menghadiri kelas depan pool. habis kelas terus terjun pool. Santai habis! Pendekatan percutian sekali ni paling best la, lagipun kita dengan famili kita santai santai sambil buat apa yang kita suka menikmati angin laut.
Kami check out pada 18 tu pada pukul 11 . Sempat lagi makan pagi sambil budak budak terjun pool last minute. Cleaning Deposit RM1500 akan dipulangkan jika anda pulangkan villa dalam keadaan baik dan teratur. Pada sayalah semua ahli keluarga puas hati dan cukup berterimakasih pada owner yang sudi melayan kerenah kami.
Penulis: Kelly Mohamad Nor
Sumber: Group Hotel Review Malaysia