Search
Search
Review Hotel | Camar Resort

Review Hotel | Camar Resort

CAMAR RESORT LANGKAWI

Camar Resort Langkawi

“Masuk pool terjun dari bilik je!”

Tarikh menginap : 28/2-1/3/2022

Harga : RM350 pernite (beli dari Booking.com)

Jenis bilik : Lagoon Room

CHECK IN : Urusan check in sedikit lewat kerana kami upgrade bilik dari Pool View kepada Lagoon sebab nak bilik depan swimming pool 🙊
Sementera menunggu kami dihidangkan welcome drink dan dilayan dengan baik sekali dari staff hotel.
Deposit perlu diletakkan iaitu sebanyak RM100.

BILIK : Pada mulanya kami book Pool View. Rupanya nak bilik depan pool kena ambik Lagoon. Nasib ada kekosongan, jadi kami pun upgrade. Pool View di tingkat atas. Untuk bilik Lagoon, memang buka2 pintu je terus pool. Katil pun hadap pool. Lagi best, bathtub pun ada! Nak citer panjang pun malas taip. So tengok la video room tour di bawah 🤣 overall bilik dia memang terbaik dari segi susun atur, keselesaan dan kelengkapan (aircond n kipas pun ada)

AKTIVITI : Hotel ni terletak di Pantai Tengah. Jadi pantainya lebih tenang dan privasi berbanding Pantai Cenang. Hotel ni ada pantai persendirian. Hanya jalan kurang 5minit sahaja jika nak ke pantai. Boleh mandi pantai cuma berhati2 dengan obor2. View memang terbaik! Nak ke Pantai Cenang pun tak jauh dari sini. Kiranya nak cari makan, buat aktiviti laut dan shopping bukanlah satu masalah di sini. Camar Resort memiliki the longest swimming pool in Langkawi! So memang luas dan besar la! Untuk pool kanak2 pun ada dan besar. Jadi, mandilah sepuas-puasnya! Fasiliti hotel lain seperti gym pun turut disediakan.

KEKURANGAN : Hotel ni bukanlah menghadap laut terus. Jadi pemandangan landskap dia tak la begitu menarik dek tanah kosong yang terbiar di depan hotel ni. Kalu ambik Lagoon room ok la sbb hadap pool. Yang duk bilik atas tu la view tak berapa nak lawa. Harap pihak hotel dapat buat sesuatu.

CHECK OUT : Proses checkout sangat lancar dan mudah. Tak ada komen 👍🏻

OVERALL : Keseluruhannya, hotel ni tetap best utk dijadikan destinasi percutian di Langkawi. Dia memang win kat pool tu. Luas dan puas nak mandi! Hahaha. Pasti akan repeat lagi!

Info : Hotel ni ada buat promo 3d2n pool view room hanya RM360 (nak upgrade pun boleh). Boleh tempah menerusi website mereka 😊

Penulis: Ahmad Azim Dato Asri
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana